MEMANJANGKAN SOLAT JUMA'AT DAN MEMENDEKKAN KHUTBAH JUMA'AT
عَنْ وَاصِلِ بْنِ حَيَّانَ قَالَ: قَالَ أَبُو وَائِلٍ: خَطَبَنَا عَمَّارٌ فَأَوْجَزَ وَأَبْلَغَ فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا يَا أَبَا الْيَقْظَانِ لَقَدْ أَبْلَغْتَ وَأَوْجَزْتَ فَلَوْ كُنْتَ تَنَفَّسْتَ فَقَالَ: إِنِّي سَمِعْتُ رَسُـولَ اللهِ ( صلى الله عليه واله وسلم ) يَقُولُ إِنَّ طُولَ صَلاَةِ الرَّجُلِ وَقِصَـرَ خُطْبَتِهِ مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ فَأَطِيلُوا الصَّلاَةَ وَاقْصُرُوا الْخُطْبَةَ وَإِنَّ مِنَ الْبَيَانِ لَسِحْرًا
Dari Wasil Bin Haiyan, dia berkata : Telah berkata Abu Wa-il : ‘Ammar telah berkhutbah kepada kami maka dia meringkaskan dan menyampaikan (khutbah itu); apabila dia turun kami berkata (kepadanya) : Wahai Aba Yaqzon sungguh anda telah menyampaikan dan meringkaskan, kalaulah anda memanjangkannya!
Dia (‘Ammar) berkata : Sesungguhnya aku telah dengar Rosululloh (sollollohu ‘alaihi wa aalihi wa sallam) berkata : Sesungguhnya panjangnya solat seorang lelaki itu dan pendeknya khutbahnya adalah tanda kefaqihannya, maka panjangkanlah solat dan pendekkanlah khutbah, sesungguhnya di antara al-bayan (penerangan itu) sungguh mengandungi daya tarikan (sihr).
Hadis sohih riwayat Muslim dalam Sohihnya, Nombor 869, Kitab Al-Jumu'ah.
********************
Syarah Hadis
Imam An-Nawawiy mensyarahkan hadis ini bahawa yang dimaksudkan dengan solat yang lebih panjang daripada khutbah bukanlah panjang yang menyusahkan makmum.
Syarh Sohih Muslim, Kitab Al-Jumu’ah, Bab Takhfif As-Solah Wa Al-Khutbah.
********************
Keterangan ringkas :
'Ammar yang disebut dalam hadis ini adalah 'Ammar Bin Yasir.
Aba Yaqzon yang disebut dalam hadis ini adalah kunyah kepada 'Ammar Bin Yasir.
Tuesday, September 2, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment