Monday, January 24, 2011

Suara azan yang tersangat kuat sehingga menyakitkan telinga adalah bukan dari ajaran Islam



بسم الله


Nota aku ini adalah himpunan komen-komen aku dalam wall FB aku dengan tajuk yang sama seperti tajuk di atas dengan edit dan tambahan.


Sila baca.


MUQADDIMAH

Memulaskan volume suara azan sehingga tersangat kuat adalah perbuatan orang jahat yang merosakkan agama Islam dari dalam sedangkan mereka sangka mereka sudah melakukan 'amalan yang baik.

Terdapat petugas masjid yang jahil yang menghalakan suara azan yang sangat kuat itu ke dalam ruang dalam masjid sehingga menyakitkan telinga orang yang normal. Menyakiti hati orang-orang mukmin yang berada di masjid dan di luar masjid adalah berdosa.

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا


Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukminin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.

(Al-Ahzab 33 : 58)

Terdapat juga petugas masjid yang jahat dan tidak berhati perut yang menghalakan pembesar suara tepat ke arah jiran sebelah masjid kemudian menguatkan dengan sangat kuat volume pembesar suara itu lantas melaungkan azan, ini adalah suatu perbuatan dosa kerana menyakitkan jiran-jiran lebih-lebih lagi jiran itu beragama Islam dan juga suatu dosa serta bid'ah kerana berlebih-lebihan dalam melakukan ibadah azan.

Kalau orang yang jahil lagi jahat budinya diberi amanah urusan masjid maka bermacam-macam kerosakan akan muncul dalam masyarakat ini.



BELAJARLAH DARI SEJARAH

Islam telah berkembang ke seluruh dunia selama lebih dari satu ribu tahun dengan cara yang tabi'i yaitu dengan tanpa pembesar suara. 'Ibadah azan telah dimulakan di Madinah dengan suara yang asli tanpa pembesar suara dan ingatlah Islam pada masa itu adalah Islam yang terbaik, generasi Islam pada masa itu adalah generasi Islam yang terbaik. Tetapi terdapat orang yang mengaku Islam pada zaman ini merasa lebih pandai dan lebih baik dari generasi pertama Islam itu lantas tidak merasa redha sunnah Nabi sollAllohu 'alaihi wa aalihi wa sallam.



BERLEBIH-LEBIHAN DALAM BERIBADAT TANPA HAQ

Berlebih-lebihan dalam volume pembesar suara di masjid adalah haram dan berdosa bagi sesiapa yang melakukannya, tidak ada kebaikan untuk mereka.

Begitu juga menyakitkan hati jiran dengan volume pembesar suara yang melampau itu adalah haram dan berdosa, pelakunya telah berbuat dosa dan permusuhan dan patut dita'zir.

Kita kena tunjukkan marah kita kepada ma'siat dan bid'ah yang tersangat melampau itu. Bid'ah dan ma'siat mereka itu bukan hanya tertumpu kepada pelaku bid'ah dan ma'siat itu sahaja, tapi ia telah melibatkan semua orang dalam masyarakat sekitar.

Benci dalam hati terhadap bid'ah dan ma'siat walaupun ia baik, namun ia adalah selemah-lemah iman.



QAEDAH BERAMAL

Azan adalah suatu 'ibadah khususiyyah dengan lafaz-lafaz yang tertentu dan dengan tatacara tertentu dan dengan masa yang tertentu dan orang yang tertentu yang melakukannya dan dengan pantang larang tertentu. Sesiapa yang belajar usul al-fiqh, dia akan bertemu dengan kaedah seperti berikut :

"Asal 'ibadah itu adalah haram melainkan didatangkan dalil yang menunjukkan kehalalannya".

Dengan lain perkataan, suatu 'ibadah untuk mendekatkan diri kepada Alloh adalah haram dilakukan melainkan ada dalil yang sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah, sekiranya tiada dalil maka tidak boleh meng'amalkannya.

Azan bukannya urusan dunia. Sedangkan urusan dunia ulamak telah terangkan qaedahnya seperti berikut :

"Asal dalam urusan dunia adalah harus melainkan ada dalil yang menunjukkan keharamannya"

'Ulamak Ahlus-Sunnah telah menjelaskan banyak 'amalan-'amalan yang ditempekkan atau dengan lain perkataan ditambah kepada azan samada sebelumnya atau semasanya atau selepasnya. Sekiranya ada izin Alloh aku akan perjelaskan perkara ini di lain tempat, in sya Alloh.

Oleh itu walaupun azan itu adalah suatu syi'ar Islam yang utama, namun azan tertakluk kepada qaedah-qaedah yang telah ditetapkan oleh syara'. Tidak boleh melakukan sesuka hati terhadap azan. Mentang-mentanglah ia azan maka ada yang jahil merasakan mereka boleh berbuat sesuka hati terhadapnya, ini adalah suatu sikap yang salah.

Sebenarnya isu penyalahgunaan pembesar suara oleh masjid ini adalah lebih luas dari hanya pada azan sahaja. Ia meliputi bacaan Al-Quran dan nasyid dan tarhim sebelum azan, bacaan zikir-zikir selepas solat dan juga kuliah-kuliah pengajian dan juga majlis tadarrus Al-Quran. Sebelum ini sejak dua tahun dulu aku sudah tulis artikel berkenaan isu ini, berikut linknya :

http://al-aminj.blogspot.com/2008/09/n45-ulamak-mutabar-tentang-gangguan.html



PENOLONG BID'AH

Nampaknya pelaku jinayah penyalahgunaan pembesar suara itu mempunyai ramai penyokong terdiri dari orang jahil-jahil dan para imam dan ustaz-ustaz. Ada di antara mereka yang sanggup menunjukkan kebodohan diri sendiri dengan menunjuk perasaan di kawasan masjid dengan menjerit-jerit macam orang gila. Parti-parti politik tertentu pun tumpang sekaki.



SEJARAH, TEKNOLOGI DAN BATAS-BATAS SYARA'

Azan adalah suatu 'ibadah khususiyyah yang tidak halal di'amalkan melainkan dengan peraturan syara' yang tertentu ya'ni dengan lafaz-lafaz yang tertentu dan dengan tatacara tertentu dan dengan masa yang tertentu dan orang yang tertentu yang melakukannya dan dengan pantang larang tertentu

Azan asalnya sejak lebih satu ribu tahun dulu dilaungkan hanya dengan suara yang asli dengan muazzin berada di tempat yang tertentu di masjid. Dengan laungan suara yang asli tanpa bantuan apa-apa alat pembesar suara elektronik, telah berjaya menarik muslimin ke masjid untuk solat berjama'ah sehingga penuh masjid, begitulah yang terjadi sejak awal Islam, hal ini tidak pernah menjadi masalah kepada kaum muslimin dan kepada agama Islam itu.

Kemudian apabila datang teknologi baru dengan adanya alat pembesar suara elektronik, ummat Islam mula menggunakan alat tersebut untuk laungan azan supaya suara azan itu dapat pergi lebih jauh. Nampaknya tidak ada 'ulamak yang membantah penggunaan teknologi moden ini. Namun ada pendapat yang mengatakan lebih afdhal azan tanpa pembesar suara kerana semata-mata untuk ikut sunnah; dan perintah Nabi sollAllohu 'alaihi mwa aalihi wa sallam kepada muslimin untuk hadir ke masjid untuk solat berjama'ah hanya bagi mereka yang mendengar suara azan yang asli sahaja.

Penggunaan teknologi pembesar suara elektronik ini nampaknya telah diterima dengan baik di seluruh dunia Islam melainkan di segelintir tempat yang tetap mahu ikut sunnah Nabi sollAllohu 'alaihi wa aalihi wa sallam seperti yang di'amalkan dimasa Nabi sollAllohu 'alaihi wa aalihi wa sallam itu.

Adalah difahami pada zaman moden ini terdapat beberapa sumber bising yang tidak dapat dielakkan seperti bising elektronik (electronic noise) dan bising dari jentera motor. Bising-bising seperti ini (dengan syarat tidak terlampau bising) akan menghadkan pencapaian suara azan secara tabi'i, oleh itu adalah wajar digunakan pembesar suara untuk meng-offset-kan bising-bising yang disebut tadi. Volume pembesar suara ini hendaklah dikawal dengan sempurna.

Namun penggunaan teknologi ini walaupun telah diterima dengan baik, ia tetap tidak terlepas dari adab-adab dan akhlaq Islam yang khusus dan umum. Perkara inilah yang telah banyak dilanggar oleh sebahagian ummat Islam dalam ghairah kononnya untuk menyebarkan syi'ar Islam, sedangkan tanpa sedar mereka telah merosakkan imej Islam itu sendiri serta telah melakukan zalim dan aniaya kepada ummat Islam khasnya dan kepada ummat manusia umumnya.

Perkara perlanggaran adab dan akhlaq inilah yang aku timbulkan semoga orang-orang yang beriman ambil peringatan dan ber-awas.

Isu yang aku timbulkan adalah isu kemanusiaan itu sendiri yang mana telah berlaku perlanggaran hak asasi kemanusiaan. Hak-hak jiran wajib diperhatikan dengan saksama supaya tidak ada perlanggaran hak mereka atas nama Islam secara salah.

Menggunakan sebab 'amalan azan yang suci dan mulia untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka terhadap azan itu sehingga setiap bantahan terhadap perbuatan mereka itu dianggap sebagai telah membantah Islam dan membantah Nabi sollAllohu 'alaihi wa aalihi wa sallam dan membantah Allah. Ini adalah suatu kekasaran hatibudi dan kejahilan terhadap akhlaq Islam.



DUA ISU BESAR

Ada dua isu besar di sini :

Isu Pertama

Menguatkan volume suara azan dengan sangat kuat di dalam masjid terutamanya di dalam dewan utama solat sehingga menyakitkan telinga orang-orang yang berada di dalamnya. Apakah perlu diperkuatkan dengan sangat kuat volume pembesar suara itu? Jawapannya adalah tidak perlu. Tujuan azan ialah untuk meberitahu ummat islam di sekitar masjid bahawa telah masuk waktu solat dan supaya muslimin mendatangi masjid untuk menunaikan solat fardhu secara berjama'ah. Bagi yang telah berada di masjid terutamanya yang sudah sedia berada di dalam dewan utama solat memadailah suara azan melalui pembesar suara yang minima diperdengarkan, sangat tidak manasabah orang-orang yang berada di situ dipaksa-paksa dengar suara yang teramat kuat dari pembesar suara itu. Sangatlah tidak manasabah. Ataupun suara azan di dalam dewan utama solat masjid tidak perlu langsung guna pembesar suara.


Isu Kedua

Menghalakan alat pembesar suara ke premis jiran sebelah masjid dan memulas volume suaranya dengan sangat kuat. Menyakiti telinga jiran terutamanya jiran yang beragama Islam dengan cara ini adalah haram hukumnya.

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukminin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.

(Al-Ahzab 33 : 58)

Tidak pernah Bilal Bin Robah dan Abdullah Bin Ummi Maktum menyakiti hati jiran masjid seperti ini kerana mereka menggunakan suara yang asli sahaja. Tidak perlulah jiran sebelah masjid dipaksa-paksa dengan suara yang teramat kuat, memadailah mereka mendengar dengan suara yang perlahan sahaja. Di dalam premis itu munkin ada orang yang sakit yang memerlukan rehat, bunyi yang teramat kuat itu sudah tentu menyusahkan mereka.

Perhatikanlah wahai orang ada akal, bukannya kami membantah azan itu, yang kami engkar dan kufurkan ialah perbuatan berlebihan-lebihan yang melampau dalam melaungkan azan itu sehingga menyakitkan orang-orang yang berada di dalam masjid terutamanya di dalam dewan utama solat dan juga jiran masjid yang terdekat bersebelahan.



AZAN BID'AH DAN SYAITAN

Memang benar apabila azan dilaungkan maka syaitan akan lari. Yang syaitan lari itu ialah apabila mereka mendengar azan yang sunnah dan tanpa bid'ah. Sekiranya azan itu disertakan dengan bid'ah dan dosa permusuhan maka syaitan tidak akan lari malah akan gembira kerana ada calon untuk bersama ke neraka bersamanya. Wallohu a'lam.

Pesanan aku kepada mereka yang telah keliru itu dalam isu azan ini, supaya bertaubat dan latihlah hati itu supaya lembut dan bersikap belas ihsan kepada orang lain.



PENGALAMANKU

Di rumah aku, aku boleh dengar suara dari tiga buah masjid, sebuah di Kuala Lumpur dan dua buah di Selangor, malah aku boleh dengar suara dari masjid keempat yang terletak lebih jauh dari ketiga-tiga masjid itu. Adakalanya azan di masjid di Selangor lambat kira-kira dari sepuluh minit, sedangkan orang di Kuala Lumput sedang bersolat. Apakah patut azan di ketiga-tiga masjid itu terlampau sangat kuat dan tidak serentak. Sudah tentu tidak patut. Muazzin yang lambat lebih dari sepuluh minit itu, sepatutnya guna akal supaya tidak menggunakan pembesar suara seperti itu.

Itu baru perkara azan, belum lagi aku kisahkan suara penceramah kuliah-kuliah selepas maghrib dan selepas subuh yang dilontarkan dengan cara biadap yang memaksa semua orang mendengarnya. Mereka itu orang yang sangat jahil dalam 'ilmu kemanusiaan dan dakwah. Jiran-jiran di sekitar masjid itu yang dipaksadengar kuliah itu mempunyai berbagai hal dan masalah di rumah mereka, ada yang sakit, ada yang sedang solat, ada yang sedang berzikir dan ada yang sedang mengulangkaji pelajaran. Puak-puak jahat hatibudi itu bukannya pedulikan itu semua, yang mereka pentingkan ialah syok sendiri dengan suara penceramah kegemaran mereka didengari oleh seluruh orang di sekitar masjid, mereka itu adalah jahat lagi kejam. Mereka itu patut di TAHZIR dan di TA'ZIR atas jinayah yang mereka lakukan itu.

Pernah berlaku sedang aku solat Maghrib berjama'ah di surau NurulMuttaqin tiba-tiba kedengaran suara azan yang kuat dari arah Masjid Salahuddin atau dari Surau Flat Sri Tioman yang jaraknya kira-kira 500m hingga 600m. Ini berlaku kira-kira lapan hingga sepuluh minit setelah masuk waktu maghrib. Apakejadahnya nak paksa orang yang sedang bersolat jama'ah dengar azan itu? Muazzin yang lambat tu hendaklah sedar diri, dia itu sudah lambat, perlahankanlah volume pembesar suara itu, ini tak, dipaksanya juga orang yang sedang solat berjama'ah dengar suaranya.

Pernah juga berlaku suara dari masjid yang lebih jauh dari tiga buah masjid yang aku sebutkan di atas itu kedengaran oleh aku, iaitu dari Masjid Simpang Tiga, Gombak, Selangor yang mengumumkan kematian ahli kariah, diumumnya nama si mati, alamat rumah si mati dan masa dan tempat untuk dikebumikan. Pengumuman ini biasanya dibuat selepas solat subuh. Perbuatan mengumumkan kematian seperti ini dianggap haram oleh sebahagian 'ulamak atas alasan meratapi kematian.

Sekarang ni aku cuak hendak beri derma kepada masjid, mengenangkan berbagai bid'ah dan jinayah yang pengurusan masjid lakukan yang tidak mampu aku cegah secara berdepan semuanya. Kalau masjid minta derma untuk renovation, kemunkinan satu sen pun aku tidak beri adalah tinggi.

Masjid India Kuala Lumpur yang aku selalu solat di dalamnya pun aku tahan duit aku untuk projek pengubahsuaiannya. Tengoklah entah apa-apa tambahan pada masjid itu dibuatnya dengan tambahan yang tidak perlu dan ada antaranya tambahan yang mengganggu Nabi sollAllohu 'alaihi wa aalihi wa sallam kerana menghiaskan dinding masjid pada arah qiblat di hadapan dengan hiasan awan larat yang melalaikan orang yang sedang solat. Sila baca hadis sahih berikut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kesalahan itu.


Hadis Pertama

عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ قِرَامٌ لِعَائِشَةَ قَدْ سَتَرَتْ بِهِ جَانِبَ بَيْتِهَا فَقَالَ لَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : أَمِيْطِيْ عَنِّيْ قِرَامَكِ هَذَا. فَإِنَّهُ لَا تَزَالُ تَصَاوِيْرُهُ تَعْرِضُ لِيْ فِيْ صَلَاتِيْ

Dari Anas katanya : Adalah tabir milik 'Aisyah yang dia gunakan buat menutup tepi rumahnya, maka Nabi sollAllohu 'alaihi wa aalihi wa sallam bersabda kepadanya (Aisyah) :

“Singkirkanlah tabirmu ini, kerana gambar-gambarnya sentiasa menggangguku dalam solatku.”

(Hadis Riwayat Ahmad Dan Al-Bukhari)

Kitab Rujukan : Nailul-Author (نيل الأوطار) Juz 2, Bab Makruh Pada Kiblat Masjid Apa Yang Melalaikan Orang Yang Sedang Solat.


Hadis Kedua

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى فِيْ حَمِيْصَةٍ لَهَا أَعْلَامٌ فَقَالَ : شَغَلَتْنِيْ أَعْلَامُ هَذِهِ . إِذْهَبُوْا بِهَا إِلَى أَبِيْ جَهْمٍ وَأْتُوْنِيْ بِأَنْبِجَانِيَّتِهِ

Dari ‘Aishah, bahawa Nabi sollAllohu 'alaihi wa sallam bersolat dengan mengenakan hamisoh1 (حَمِيْصَة), kemudian sabdanya : “Gambar-gambar pakaian ini mengganggu perhatianku, kembalikanlah pakaian ini kepada kepada Abu Jahmin dan tukarkanlah dengan anbijaniah2 (أَنْبِجَانِيَّة)nya.”

(Hadith Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim)

1 hamisoh (حَمِيْصَة) : pakaian dari bulu yang bergambar

2 anbijaniah (أَنْبِجَانِيَّة) : pakaian bulu kasar yang tidak bergambar



CONTOH LAIN MENGENAI JINAYAH BISING DI MASJID

Terdapat banyak contoh mengenai amalan 'ibadah yang apabila dilakukan secara salah samada yang menyalahi dari segi cara yang telah diajarkan oleh sunnah atau salah dari segi pelanggaran pantang larangnya yang khusus (yang dinyatakan secara khusus oleh hadis) atau secara umum.

Perkara-perkara seperti inilah yang ramai orang malakukannya lantaran tidak mengetahuinya kerana jahil dan / atau kerana tebal sikap 'asobiyyah terhadap ajaran tok guru mereka, lantas sebahagian daripada mereka akan memprotes secara bodoh apabila mereka ditegur dan dilarang kesalahan dan bid'ah yang mereka lakukan.

Antara contohnya ialah membaca Al-Quran dengan suara yang kuat di masjid. Membaca Al-Quran adalah 'amalan yang utama dalam Islam. Membacanya hendaklah dengan sebutan dan tajwid yang betul. Selain itu terdapat pantang larang berkenaan bacaan Al-Quran. Antara pantang larang dalam membaca Al-Quran ini ialah dilarang keras meninggikan suara bacaan Al-Quran itu apabila membacanya di masjid kerana menghormati orang yang sedang solat di dalamnya. Dalilnya ialah :


Hadis Pertama

Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud, An-Nasai, Al-Baihaqi serta Al-Hakim yang mengatakan bahawa hadis ini adalah sah menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim.

روى عَنْ اَبِىْ سَعِيْدٍ الْخُدْرِىِّ اَنَّ النَّبِىَّ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِعْتَكَفَ فِى الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُوْنَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ الْسِتْرَ وَقَالَ : اَلا اِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلا يُئْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِى الْقِرَاءَةِ

Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Nabi sollAllohu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di masjid, lalu beliau mendengar orang-orang mengeraskan suara dalam bacaan Al-Quran, maka beliau membuka tabir dan bersabda : “Ingatlah bahawa kamu semua sedang bermunajat dengan Robbnya, maka janganlah sebahagian kamu mengganggu sebahagian yang lain, dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara mengatasi yang lain dalam bacaan Al-Quran”

(Kitab Rujukan : Fiqhus-Sunnah Jilid 1, As-Saiyid Sabiq, Bab Mengeraskan Suara Dalam Masjid)


Hadis Kedua

Hadis diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sah :

Dari Ibnu 'Umar rodiyallohu 'anhu bahawa Nabi sollAllohu 'alaihi wa sallam pada suatu ketika pergi ke masjid. Didapatinya banyak orang bersolat dan banyak pula yang mengeraskan suara dalam membaca Al-Quran, maka sabdanya “Sesungguhnya orang yang bersolat itu sedang munajat dengan Robb-nya ‘Azza wa Jalla, maka sepatutnya ia memerhatikan dengan apa yang dimunajatkan (dipercakapkan) itu. Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara mengatasi yang lain dalam bacaaan Al-Quran.

(Kitab Rujukan : Fiqhus-Sunnah Jilid 1, Bab Mengeraskan Suara Dalam Masjid; As-Saiyid Sabiq)


Dari dua buah hadis sohih itu jelas menunjukkan dilarang mengganggu orang yang sedang bermunajat atau bersolat walaupun dengan suara bacaan Al-Quran.

Orang-orang yang baca Al-Quran di masjid dengan suara yang kuat ini hendaklah ditegur dan dilarang. Perbuatannya itu tak ada faedah langsung untuknya kerana ber'amal secara salah itu tidak menghasilkan apa-apa pahala malah berdosa.

Tapi sangat disayangkan, yang buat jinayah mengganggu orang yang bermunajat di masjid ini bukan orang biasa tapi petugas masjid dengan restu jawatan kuasa masjid. Merekalah penjinayah yang jahat kerana memasangkan suara rakaman bacaan Al-Quran dengan kuat melalui pembesar suara atau membaca sendiri Al-Quran itu untuk diperdengarkan kepada semua orang di masjid dan sekelilingnya.

'Ulamak yang perihatin hendaklah men-TAHZIR mereka yang jahil dan bersalah itu.



PIHAK BERKUASA AGAMA

Pihak berkuasa agama hendaklah sangat perihatin akan perlanggaran akhlak ini supaya imej Islam tidak tercemar oleh ulah sebahagian orang yang jahil berlagak pandai. Wujudkanlah undang-undang yang mengawal penggunaan pembesar suara seperti undang-undang anti sosial /anti bising dalam Akta Kerajaan Tempatan. Mereka yang melanggar undang-undang hendaklah dita'zir.


NOTA : PADA AHAD 28 APRIL 2019 AKU PADAM GAMBAR YANG ADA DI POSTING INI DAN AKU EDIT EJAAN SOLAWAT DAN SEBAHAGIAN EJAAN PERKATAAN YANG LAIN.

Asal Usul Perayaan Harijadi

Berikut adalah tulisan aku sebagai jawapan kepada pria_malaya08 mengenai soalannya mengenai sambutan harijadi. Tulisan ini aku tulis pada Januari 2009.


(1) ASAL USUL PERAYAAN HARIJADI (BIRTHDAY CELEBRATION)

Perayaan sambutan harijadi berasal dari fahaman paganism.

Menurut “The Encyclopedia Americana (1991)” di dunia kuno Mesir, Greece, Rome dan Parsi disambut perayaan harijadi “tuhan-tuhan”, raja-raja dan pembesar-pembesar. Pengarang buku Ralph dan Adelin mengatakan bahawa di Mesopotamia dan Mesir, tempat bermulanya tamadun manusia adalah tempat bermulanya manusia mengingati dan menghormati harijadi (birthday). Menyimpan rekod tarikh harijadi di dunia kuno tersebut adalah penting kerana tarikh lahir adalah penting dalam meramalkan dalam ilmu nujum (horoscope).

Asalnya istilah paganism adalah bermakna satu amalan spritual dan agama yang diamalkan pada zaman sebelum era kristian di Eropah. Kemudian istilah itu berkembang menjadi satu amalan spiritual dan agama selain dari agama Abrahamic yaitu agama Islam, Kristian dan Judaism.

Untuk bacaan lanjut mengenai istilah paganism sila buka link berikut

http://en.wikipedia.org/wiki/Paganism


(2) PANDANGAN YAHUDI DAN NASRANI TENTANG PERAYAAN SAMBUTAN HARIJADI

Dengan melihat makna istilah paganism ini, adalah tidak menghairankan apabila orang Yahudi pada zaman kuno itu tidak merayakan sambutan harijadi kerana mereka menganggap ia sebagai paganism. Begitu juga dengan golongan Nasrani pada 300 tahun pertama tidak merayakan sambutan harijadi sesiapa terutamanya harijadi Nabi Isa a.s. kerana menganggapnya sebagai paganism.

Untuk bacaan lanjut sila buka link berikut

http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_origin_of_birthday_celebrations

Ikut setengah pendapat satu golongan rabbi yahudi dalam kitab suci mereka hanya ada satu sahaja tempat disebut mengenai sambutan “akil baligh” kanak lelaki berusia 13 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Perayaan ini tidak seperti perayaan harijadi sekular pada hari ini.

Satu golongan Kristian iaitu Jehovah's Witnesses tidak merayakan sambutan harijadi kerana mereka menganggap ia adalah perayaan harijadi Firaun dan Herod Rom yang mana Herod Rom ini telah memenggal leher Nabi Yahya (John the Baptist)


(3) BERMULANYA SAMBUTAN HARIJADI DALAM DUNIA KRISTIAN DI EROPAH

Adalah dijangkakan asal bermulanya secara meluas perayaan sambutan harijadi di Eropah adalah dari amalan MITHRAS yang berasal dari Parsi, yang disebarkan oleh tentera Rom di seluruh empayar Rom. Walaupun Rom dan Parsi saling bermusuhan, tentera Rom telah mengambil ajaran Mithraism dari Parsi. Kemudian apabila kerajaan Rom dan rakyatnya menganut Kristian, fahaman Mitraism ini dimasukkan ke ajaran Kristian.

Untuk bacaan lanjut sila buka link berikut

http://en.wikipedia.org/wiki/Birthday


(4) ASAL USUL LIRIK DAN LAGU HAPPY BIRTHDAY

“Happy Birthday To You” atau “Happy Birthday” adalah nyanyian tradisional, liriknya tidak diketahui siapa yang mula menciptanya.

Melody lagu ini datang dari dari nyanyian “Good Morning To All” yang ditulis dan direka oleh dua orang wanita Amerika iaitu Patty Hill dan Mildred J. Hill dalam tahun 1893 di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Kombinasi lirik dan melodi dalam nyanyian “Happy Birthday To You” mula keluar dalam bentuk bercetak pada 1912 atau boleh jadi lebih awal dari itu. Tiada satu pun dari terbitan awal nyanyian ini mempunyai notis copyright (hakcipta). Sebuah syarikat bernama The Summy Company telah mendaftarkan hakcipta lagu ini pada 1935 dengan menyatakan Preston Ware Orem dan Puan R.R. Forman sebagai sebagai pengarang lagu ini.

Untuk bacaan lanjut sila buka link berikut

http://en.wikipedia.org/wiki/Happy_Birthday_to_You


(5) SAMBUTAN HARIJADI DI MALAYSIA

Malaysia adalah tanah jajahan British. Sangat banyak budaya-budaya dari British samada dari agama Kristian atau dari ajaran sekular barat telah terserap dan diamalkan di Malaysia termasuk perayaan menyambut hari jadi atau hari lahir. Apakah amalan menyambut harijadi ini diciplak dari Kristian atau berbentuk secularisma perlu dibincang di tempat lain. Amalan menyambut ulangtahun hari lahir yang banyak berlaku ini perlu dicermati agar tidak terpesong aqidah dan amalan orang Muslim. Maka menjadi tugas ulamak yang prihatin untuk memberi jawapan kepada hal ini.

Ada berbagai cara orang menanggapi ulangtahun hari lahir. Ada yang sekadar mengingatinya. Ada yang mengadakan parti untuk bersukaria. Ada yang membuat kenduri doa selamat. Ada yang sekadar memberi hadiah kepada orang yang berkenaan. Ada yang sekadar menulis kata-kata manis dan doa yang baik kepada kepada orang yang berkenaan di dalam blog.

Aku tak pernah menyambut ulangtahun harilahirku melainkan sekali sahaja semasa aku kanak-kanak, itu pun terikut-ikut kerana kawan membuatnya maka aku pun ingin membuatnya. Tidak ada parti sukaria, cuma makan-makan sahaja. Semasa dewasa ini aku hanya memberi hadiah kepada dua orang sahaja sebagai ingatan tanpa berparti dan sekali sahaja aku ucapkan Happy Birthday.

Tuesday, January 11, 2011

Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani Beraqidah Dengan Aqidah Salaf

Sumber : http://www.al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=1416


"Syaikh Rabi bin Hadi Al Makhdali berkata dalam kitabnya, Al Haddul Fashil, hal.136, "Aku telah mendapatkan aqidah beliau (Syaikh Abdul Qadir Al Jailani) di dalam kitabnya yang bernama Al Ghunyah. Maka aku mengetahui dia sebagai seorang Salafi. Beliau menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah dan aqidah-aqidah lainnya di atas manhaj salaf. Beliau juga membantah kelompok-kelompok Syiah, Rafidhah, Jahmiyyah, Jabariyyah, Salimiyah, dan kelompok lainnya dengan manhaj Salaf."


Biografi Syaikh Abdul Qadir Al Jailani termuat dalam kitab Adz Dzail Ala Thabaqil Hanabilah I/301-390, nomor 134, karya Imam Ibnu Rajab Al Hambali. Tetapi, buku ini belum diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.


Beliau adalah seorang ulama besar sehingga suatu kewajaran jika sekarang ini banyak kaum muslimin menyanjungnya dan mencintainya. Akan tetapi kalau meninggi-ninggikan derajat beliau berada di atas Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam, maka hal ini merupakan suatu kekeliruan. Karena Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam adalah rasul yang paling mulia di antara para nabi dan rasul yang derajatnya tidak akan pernah bisa dilampaui di sisi Allah oleh manusia siapapun.


Ada juga sebagian kaum muslimin yang menjadikan Syaikh Abdul Qadir Al Jailani sebagai wasilah (perantara) dalam doa mereka. Berkeyakinan bahwa doa seseorang tidak akan dikabulkan oleh Allah, kecuali dengan perantaraannya. Ini juga merupakan kesesatan.


Menjadikan orang yang sudah meninggal sebagai perantara tidak ada syariatnya dan ini sangat diharamkan. Apalagi kalau ada yang berdoa kepada beliau. Ini adalah sebuah kesyirikan besar. Sebab doa merupakan salah satu bentuk ibadah yang tidak boleh diberikan kepada selain Allah. Allah melarang makhluknya berdoa kepada selainNya. Allah berfirman, yang artinya:

"Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah." (QS. Al Jin:18)


Kelahirannya Syaikh Abdul Qadir Al Jailani adalah seorang alim di Baghdad yang lahir pada tahun 490/471 H di kota Jailan atau disebut juga Kailan. Sehingga di akhir nama beliau ditambahkan kata Al Jailani atau Al Kailani atau juga Al Jiliy.


Pendidikannya Pada usia yang masih muda beliau telah merantau ke Baghdad dan meninggalkan tanah kelahirannya. Di sana beliau belajar kepada beberapa orang ulama seperti Ibnu Aqil, Abul Khatthath, Abul Husein Al Farra dan juga Abu Saad Al Mukharrimi sehingga mampu menguasai ilmu-ilmu ushul dan juga perbedaan-perbedaan pendapat para ulama.


Pemahamannya Beliau seorang Imam bermadzhab Hambali. Menjadi guru besar madzhab ini pada masa hidup beliau. Beliau adalah seorang alim yang beraqidah ahlus sunnah mengikuti jalan Salafush Shalih. Dikenal banyak memiliki karamah-karamah. Tetapi banyak pula orang yang membuat-buat kedustaan atas nama beliau. Kedustaan itu baik berupa kisah-kisah, perkataan-perkataan, ajaran-ajaran, "thariqah" yang berbeda dengan jalan Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam, para sahabatnya dan lainnya.


Syaikh Abdul Qadir Al Jailani menyatakan dalam kitabnya, Al Ghunyah, "Dia (Allah) di arah atas, berada di atas ArsyNya, meliputi seluruh kerajaanNya. IlmuNya meliputi segala sesuatu. "Kemudian beliau menyebutkan ayat-ayat dan hadits-hadits, lalu berkata, "Sepantasnya menetapkan sifat istiwa (Allah berada di atas ArsyNya) tanpa takwil (menyimpangkan kepada makna lain). Dan hal itu merupakan istiwa dzat Allah di atas Arsy.


Dakwahnya Suatu ketika Abu Saad Al Mukharrimi membangun sekolah kecil di sebuah daerah yang bernama Babul Azaj dan pengelolaannya diserahkan sepenuhnya kepada Syaikh Abdul Qadir. Beliau mengelola sekolah ini dengan sungguh-sungguh. Bermukim di sana sambil memeberikan nasehat kepada orang-orang yang ada di sana, sampai beliau meninggal dunia di daerah tersebut.


Banyak sudah orang yang bertaubat demi mendengar nasihat beliau. Banyak orang yang bersimpati kepada beliau, lalu datang ke sekolah beliau. Sehingga sekolah ini tidak kuat menampungnya. Maka diadakan perluasan.


Imam Adz Dzahabi dalam menyebutkan biografi Syaikh Abdul Qadir Al Jailani dalam Siyar Alamin Nubala, menukilkan perkataan Syaikh sebagai berikut, "Lebih dari lima ratus orang masuk Islam lewat tanganku, dan lebih dari seratus ribu orang telah bertaubat."


Murid-murid beliau banyak yang menjadi ulama terkenal, seperti Al Hafidz Abdul Ghani yang menyusun Umdatul Ahkam Fi Kalami Khairil Anam. Ibnu Qudamah penyusun kitab fiqh terkenal Al Mughni.


Wafatnya Beliau Wafat pada hari Sabtu malam, setelah maghrib, pada tanggal 9 Rabiul Akhir tahun 561 H di daerah Babul Azaj.


Pendapat ulama Ketika ditanya tentang Syaikh Abdul Qadir Al jailani, Ibnu Qudamah menjawab, "Kami sempat berjumpa dengan beliau di akhir masa kehidupannya. Beliau menempatkan kami di sekolahnya. Beliau sangat perhatian kepada kami. Kadang beliau mengutus putra beliau Yahya untuk menyalakan lampu buat kami. Terkadang beliau juga mengirimkan makanan buat kami. Beliau senantiasa menjadi imam dalam shalat fardhu."


Ibnu Rajab di antaranya mengatakan, "Syaikh Abdul Qadir Al Jailani adalah seorang yang diagungkan pada masanya. Diagungkan oleh banyak para syaikh, baik ulama dan para ahli zuhud. Beliau memiliki banyak keutamaan dan karamah. Tetapi ada seorang yang bernama Al Muqri Abul Hasan Asy Syathnufi Al Mishri (orang Mesir) mengumpulkan kisah-kisah dan keutamaan-keutamaan Syaikh Abdul Qadir Al Jailani dalam tiga jilid kitab. Dia telah menulis perkara-perkara yang aneh dan besar (kebohongannya). Cukuplah seorang itu dikatakan berdusta, jika dia menceritakan segala yang dia dengar. Aku telah melihat sebagian kitab ini, tetapi hatiku tidak tenteram untuk meriwayatkan apa yang ada di dalamnya, kecuali kisah-kisah yang telah masyhur dan terkenal dari kitab selain ini. Karena kitab ini banyak berisi riwayat dari orang-orang yang tidak dikenal. Juga terdapat perkara-perkara yang jauh (dari agama dan akal), kesesatan-kesesatan, dakwaan-dakwaan dan perkataan yang batil tidak terbatas. Semua itu tidak pantas dinisbatkan kepada Syaikh Abdul Qadir Al Jailani. Kemudian aku dapatkan bahwa Al Kamal Jafar al Adfawi telah menyebutkan bahwa Asy Syathnufi sendiri tertuduh berdusta atas kisah-kisah yang diriwayatkannya dalam kitab ini."


Ibnu Rajab juga berkata, "Syaikh Abdul Qadir Al Jailani memiliki pendapat yang bagus dalam masalah tauhid, sifat-sifat Allah, takdir, dan ilmu-ilmu marifat yang sesuai dengan sunnah. Beliau memiliki kitab Al Ghunyah Li Thalibi Thariqil Haq, kitab yang terkenal. Beliau juga mempunyai kitab Futuhul Ghaib. Murid-muridnya mengumpulkan perkara-perkara yang banyak berkaitan dengan nasehat dari majelis-majelis beliau. Dalam masalah-masalah sifat, takdir dan lainnya, ia berpegang pada sunnah. "


Imam Adz Dzahabi mengatakan, "intinya Syaikh Abdul Qadir Al Jailani memiliki kedudukan yang agung. Tetapi terdapat kritikan-kritikan terhadap sebagian perkataannya, dan Allah menjanjikan (ampunan atas kesalahan-kesalahan orang-orang beriman). Namun sebagian perkataannya merupakan kedustaan atas nama beliau." (Syiar XX/451).


Imam Adz Dzahabi juga berkata, "Tidak ada seorangpun para ulama besar yang riwayat hidup dan karamahnya lebih banyak kisah hikayat, selain Syaikh Abdul Qadir Al Jailani, dan banyak di antara riwayat-riwayat itu yang tidak benar bahkan ada yang mustahil terjadi."


Syaikh Rabi bin Hadi Al Makhdali berkata dalam kitabnya, Al Haddul Fashil, hal.136, "Aku telah mendapatkan aqidah beliau (Syaikh Abdul Qadir Al Jailani) di dalam kitabnya yang bernama Al Ghunyah. Maka aku mengetahui dia sebagai seorang Salafi. Beliau menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah dan aqidah-aqidah lainnya di atas manhaj salaf. Beliau juga membantah kelompok-kelompok Syiah, Rafidhah, Jahmiyyah, Jabariyyah, Salimiyah, dan kelompok lainnya dengan manhaj Salaf.



_________ Diringkas dari artikel : Siapakah Syeikh Abdul Qadir Al Jailani? Majalah As-Sunnah edisi 07/VI/1423H-2002M

Siapakah Ahlus Sunnah?

Penulis : Al Ustadz Abu Usamah bin Rawiyah An Nawawi,
Judul Asli: Siapakah Ahlus Sunnah?


MENGETAHUI CIRI-CIRI AHLUS-SUNNAH


Istilah Ahlus-Sunnah tentu tidak asing bagi kaum muslimin. Bahkan mereka semua mengaku sebagai Ahlus-Sunnah. Tapi siapakah Ahlus-Sunnah itu ? Dan siapa pula kelompok yang disebut Rasulullah sebagai orang-orang asing?

Telah menjadi ciri perjuangan dari iblis dan tentera-tenteranya yaitu terus berupaya mengelabui manusia; yang batil boleh menjadi hak dan sebaliknya, yang hak boleh menjadi batil. Sehingga ahli kebenaran boleh menjadi pelaku maksiat yang harus dimusuhi dan diisolir; dan sebaliknya, pelaku kemaksiatan boleh menjadi pemilik kebenaran yang harus dibela. Syi’ar pemecah belah ini merupakan ciri khas mereka dan mengganggu perjalanan manusia menuju Allah merupakan tujuan tertinggi mereka.

Tidak ada satupun pintu kecuali akan dilalui iblis dan tenteranya. Dan tidak ada satupun amalan kecuali akan dirosakkannya, minimalnya mengurangi nilai amalan tersebut di sisi Allah Subhanahu Wata’ala. Iblis mengatakan di hadapan Allah Subhanahu Wata’ala : “Karena Engkau telah menyesatkanku maka aku akan benar-benar menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus dan aku akan benar-benar mendatangi mereka dari arah depan dan belakang, dan samping kiri dan samping kanan.”, (Al-Quran Surah Al-A’raf : 17 )

Dalam upayanya mengelabui mangsanya, Iblis akan mengatakan bahwa ahli kebenaran itu adalah orang yang harus dijauhi dan dimusuhi, dan kebenaran itu menjadi sesuatu yang harus ditinggalkan, dan dia mengatakan : “Sehingga Engkau ya Allah menemukan kebanyakan mereka tidak bersyukur.” (Al-Quran Surah Al-A’raf : 17)

Demikian halnya yang terjadi pada istilah Ahlus-Sunnah wal Jamaah. Istilah ini lebih melekat pada gambaran orang-orang yang banyak beribadah dan orang-orang yang berpemahaman sufi. Tak cuma itu, semua kelompok yang ada di tengah kaum muslimin juga mengaku sebagai Ahlus-Sunnah wal Jamaah. Walhasil, nama Ahlus-Sunnah menjadi rebutan orang. Mengapa demikian? Apakah keistimewaan Ahlus-Sunnah sehingga harus diperebutkan? Dan siapakah mereka sesungguhnya?

Menjawab pertanyaan-pertanyaan ini, kita harus merujuk kepada keterangan Rasulullah s.a.w. dan ulama salaf dalam menentukan siapakah mereka yang sebenarnya dan apa ciri-ciri khas mereka. Jangan sampai kita yang digambarkan dalam sebuah sya’ir :

Semua mengaku telah meraih tangan Laila, Dan Laila tidak mengakui yang demikian itu.

Bahwa tidak ada maknanya kalau hanya sebatas pengakuan, sementara dirinya jauh dari kenyataan.

Secara fitrah dan akal dapat kita bayangkan, sesuatu yang diperebutkan tentu memiliki keistimewaan dan nilai tersendiri. Dan sesuatu yang diakuinya, tentu memiliki makna jika mereka berlambang dengannya. Mereka mengakui bahwa Ahlus-Sunnah adalah pemilik kebenaran. Buktinya, setelah mereka memakai nama tersebut, mereka tidak akan ridha untuk dikatakan sebagai ahli bid’ah dan memiliki jalan yang salah. Bahkan mengatakan bahwa dirinya merupakan pemilik kebenaran tunggal sehingga yang lain adalah salah. Mereka tidak sadar, kalau pengakuannya tersebut merupakan langkah untuk membongkar kedoknya sendiri dan memperlihatkan kebatilan jalan mereka. Yang akan mengetahui hal yang demikian itu adalah yang melek dari mereka.


AS-SUNNAH

Berbicara tentang As-Sunnah secara bahasa dan istilah sangat penting sekali. Di samping untuk mengetahui hakikatnya, juga untuk mengeluarkan mereka yang mengakui sebagai Ahlus-Sunnah. Mendefinisikan As-Sunnah ditinjau dari beberapa sisi yaitu sisi bahasa, syari’at dan generasi yang pertama, ahlul hadits, ulamak usul, dan ahli fiqih.


AS-SUNNAH MENURUT BAHASA

As-Sunnah menurut bahasa adalah As-Sirah (perjalanan), baik yang buruk ataupun yang baik. Khalid bin Zuhair Al Hudzali berkata :

"Jangan kamu sekali-kali gelisah kerana jalan yang kamu tempuh, Keridhaan itu ada pada jalan yang dia tempuh sendiri".


AS-SUNNAH MENURUT SYARI'AT DAN GENERASI YANG PERTAMA

Apabila terdapat kata sunnah dalam hadis Rasulullah atau dalam ucapan para sahabat dan tabi’in, maka yang dimaksud adalah makna yang mencakup dan umum. Mencakup hukum-hukum baik yang berkaitan langsung dengan keyakinan atau dengan amal, apakah hukumnya wajib, sunnah atau boleh.

Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitab Fathul-Bari 10/341 berkata : “Telah tetap bahwa kata sunnah apabila terdapat dalam hadis Rasulullah, maka yang dimaksud bukan sunnah sebagai lawan wajib (Apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila di tinggalkan tidak akan berdosa, pent.).”

Ibnu ‘Ajlan dalam kitab Dalilul-Falihin 1/415 ketika beliau mensyarah hadis "Fa’alaikum Bisunnati", berkata : “Artinya jalanku dan langkahku yang aku berjalan di atasnya dari apa-apa yang aku telah rincikan kepada kalian dari hukum-hukum i’tiqad (keyakinan), dan amalan-amalan baik yang wajib, sunnah, dan sebagainya”.

Imam Son’ani berkata dalam kitab Subulus Salam 1/187, ketika beliau mensyarah hadis Abu Sa’id Al-Khudri : “di dalam hadis tersebut disebutkan kata ‘Ashobta As Sunnah’, yaitu jalan yang sesuai dengan syari’at”.

Demikianlah kalau kita ingin meneliti nas-nas yang menyebutkan kata “As-Sunnah”, maka akan jelas apa yang dimahukan dengan kata tersebut yaitu : “Jalan yang terpuji dan langkah yang diridhai yang telah dibawa oleh Rasulullah. Dari sini jelaslah kekeliruan orang-orang yang menisbahkan diri kepada ilmu yang menafsirkan kata sunnah dengan istilah ulama fiqih sehingga mereka terjebak dalam kesalahan yang fatal.


AS-SUNNAH MENURUT AHLI HADIS

As-Sunnah menurut jumhur ahli hadis adalah sama dengan hadts yaitu : “Apa-apa yang diriwayatkan dari Rasulullah baik berbentuk ucapan, perbuatan, ketetapan, dan sifat baik khalqiyah (bentuk) atau khuluqiyah (akhlak)".


AS-SUNNAH MENURUT AHLI ASUL FIQH

Menurut Ahli Usul Fiqih, As-Sunnah adalah dasar dari dasar-dasar hukum syaria’at dan juga dalil-dalilnya.

Al-Amidy dalam kitab Al-Ihkam 1/169 mengatakan : “Apa-apa yang datang dari Rasulullah dari dalil-dalil syari’at yang bukan dibaca dan bukan pula mu’jizat atau masuk dalam katagori mu’jizat”.


AS-SUNNAH DI SISI ULAMAK FIQH

As-Sunnah di sisi mereka adalah apa-apa yang apabila dikerjakan mendapatkan pahala dan apabila tidak dikerjakan tidak berdosa.

Di sini boleh dilihat, mereka yang mengaku sebagai ahlus-sunnah, , tidak memiliki dalil yang jelas sedikitpun dan tidak memiliki rujukan, hanya sebatas simbol yang sudah usang. Jika mereka memakai istilah syari'at dan generasi pertama, mereka benar-benar telah sangat jauh. Jika mereka memakai istilah ahli fiqih niscaya mereka akan bertentangan dengan banyak permasalahan. Jika mereka memakai istilah ulama usul merekapun tidak akan menemukan jawabannya. Jika mereka memakai istilah ulamak hadis sungguh mereka tidak memilki peluang untuk mempergunakan istilah mereka. Tinggal istilah bahasa yang tidak boleh dijadikan sebagai hujjah dalam melangkah, terlebih menghalalkan sesuatu atau mengharamkannya.


SIAPAKAH AHLUS-SUNNAH

Ahlu-Sunnah memiliki ciri-ciri yang sangat jelas di mana ciri-ciri itulah yang menunjukkan hakikat mereka.

1. Mereka adalah orang-orang yang mengikuti jalan Rasulullah dan jalan para sahabatnya, yang menyandarkan pada Al-Quran dan As-Sunnah dengan pemahaman salafus-solih yaitu pemahaman generasi pertama umat ini dari kalangan sahabat, tabi’in dan generasi setelah mereka. Rasulullah bersabda :

“ Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian orang-orang setelah mereka kemudian orang-orang setelah mereka.” (Hadis Riwayat. Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

2. Mereka kembalikan segala bentuk perselisihan yang terjadi di kalangan mereka kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan siap menerima apa-apa yang telah diputuskan oleh Allah dan Rasulullah. Firman Allah :

“Maka jika kalian berselisih dalam satu perkara, kembalikanlah kepada Allah dan Ar-Rasul jika kalian beriman kepada Allah dan hari akhir. Dan yang demikian itu adalah baik dan lebih baik akibatnya”. (Al-Quran Surah An-Nisak : 59)

“Tidak pantas bagi seorang mukmin dan mukminat apabila Allah dan RasulNya memutuskan suatu perkara untuk mereka, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya sungguh dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata". (Al-Quran Surah Al-Ahzab : 36)

3. Mereka mendahulukan ucapan Allah dan Rasul daripada ucapan selain keduanya. Firman Allah :

“Hai orang-orang yang beriman janganlah kalian mendahulukan (ucapan selain Allah dan Rasul ) terhadap ucapan Allah dan Rasul dan bertaqwalah kalian kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Quran Surah Al-Hujurat : 1)

4. Menghidupkan sunnah Rasulullah baik dalam ibadah mereka, akhlak mereka, dan dalam semua sendi kehidupan, sehigga mereka menjadi orang asing di tengah kaumnya. Rasulullah bersabda tetang mereka :

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (Hadis Riwayat Muslim dari hadis Abu Hurairah dan Ibnu Umar r.a.)

5. Mereka adalah orang-orang yang sangat jauh dari sifat fanatisme golongan. Dan mereka tidak fanatisme kecuali kepada Kalamullah dan Sunnah Rasulullah. Imam Malik mengatakan : “Tidak ada seorangpun setelah Rasulullah yang ucapannya boleh diambil dan ditolak kecuali ucapan beliau”.

6. Mereka adalah orang-orang yang menyeru segenap kaum muslimin agar bepegang dengan sunnah Rasulullah dan sunnah para shahabatnya.

7. Mereka adalah orang-oang yang memikul amanat amar ma’ruf dan nahi munkar sesuai dengan apa yang dimahukan Allah dan RasulNya. Dan mereka mengingkari segala jalan bid’ah (lawannya sunnah) dan kelompok-kelompok yang akan mencabik-cabik barisan kaum muslimin.

8. Mereka adalah orang-orang yang mengingkari undang-undang yang dibuat oleh manusia yang menyelisihi undang-undang Allah dan Rasulullah.

9. Mereka adalah orang-orang yang siap memikul amanat jihad fi sabilillah apabila agama menghendaki yang demikian itu.

Syaikh Rabi’ dalam kitab beliau Makanatu Ahli Al Hadis hal. 3-4 berkata : “Mereka adalah orang-orang yang menempuh manhaj (metodologi)-nya para sahabat dan tabi’in dalam berpegang terhadap kitabullah dan sunnah Rasulullah dan menggigitnya dengan gigi geraham mereka. Mendahulukan keduanya atas setiap ucapan dan petunjuk, kaitannya dengan aqidah, ibadah, mu’amalat, akhlaq, politik, maupun, persatuan. Mereka adalah orang-orang yang kokoh di atas prinsip-prinsip agama dan cabang-cabangnya sesuai dengan apa yang diturunkah Allah kepada hamba dan RasulNya Muhammad s.a.w.. Mereka adalah orang-orang yang tampil untuk berdakwah dengan penuh semangat dan kesungguh-sungguhan. Mereka adalah para pembawa ilmu nabawi yang melumatkan segala bentuk penyelewengan orang-orang yang melampaui batas, kerancuan para penyesat dan takwil jahilin. Mereka adalah orang-orang yang selalu mengintai setiap kelompok yang menyeleweng dari manhaj Islam seperti Jahmiyah, Mu’tazilah, Khawarij, Rafidah (Syi’ah), Murji’ah, Qadariyah, dan setiap orang yang menyeleweng dari manhaj Allah, mengikuti hawa nafsu pada setiap waktu dan tempat, dan mereka tidak pernah mundur kerana cercaan orang yang mencerca.”


CIRI KHAS MEREKA

1. Mereka adalah umat yang baik dan jumlahnya sangat sedikit, yang hidup di tengah umat yang sudah rosak dari segala sisi. Rasulullah bersabda :

“Berbahagialah orang yang asing itu (mereka adalah) orang-orang baik yang berada di tengah orang-orang yang jahat. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada orang yang mengikuti mereka.” (Sahih, Hadis Riwayat Ahmad)

Ibnul-Qoyyim dalam kitabnya Madarijus Salikin 3/199-200, berkata : “Ia adalah orang asing dalam agamanya dikeranakan roisaknya agama mereka, asing pada berpegangnya dia terhadap sunnah dikeranakan berpegangnya manusia terhadap bid’ah, asing pada keyakinannya dikeranakan telah rosak keyakinan mereka, asing pada solatnya dikeranakan jelek solat mereka, asing pada jalannya dikeranakan sesat dan rosaknya jalan mereka, asing pada nisbahnya dikeranakan rosaknya nisbah mereka, asing dalam pergaulannya bersama mereka dikeranakan bergaul dengan apa yang tidak diinginkan oleh hawa nafsu mereka”.

Kesimpulannya, dia asing dalam urusan dunia dan akhiratnya, dan dia tidak menemukan seorang penolong dan pembela. Dia sebagai orang yang berilmu ditengah orang-orang jahil, pemegang sunnah di tengah ahli bid’ah, penyeru kepada Allah dan RasulNya di tengah orang-orang yang menyeru kepada hawa nafsu dan bid’ah, penyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran di tengah kaum dimana yang ma’ruf menjadi munkar dan yang munkar menjadi ma’ruf”.

Ibnu Rajab dalam kitab Kasyfu Al Kurbah Fi Wasfi Hal Ahli Gurbah hal 16-17 mengatakan : “Fitnah syubhat dan hawa nafsu yang menyesatkan inilah yang telah menyebabkan berpecahnya ahli kiblat menjadi berkeping-keping. Sebagian mengkafirkan yang lain sehingga mereka menjadi bermusuh-musuhan, berpecah-belah, dan berparti-parti yang dulunya mereka berada di atas satu hati. Dan tidak ada yang selamat dari semuanya ini melainkan satu kelompok. Merekalah yang disebutkan dalam sabda Rasulullah : “Dan terus menerus sekelompok kecil dari umatku yang membela kebenaran dan tidak ada seorangpun yang mampu memudharatkannya siapa saja yang menghinakan dan menyelisihi mereka, sampai datangnya keputusan Allah dan mereka tetap di atas yang demikian itu”.

2. Mereka adalah orang yang berada di akhir zaman dalam keadaan asing yang telah disebutkan dalam hadis, yaitu orang-orang yang memperbaiki ketika rosaknya manusia. Merekalah orang-orang yang memperbaiki apa yang telah dirosak oleh manusia dari sunnah Rasulullah. Merekalah orang-orang yang lari dengan membawa agama mereka dari fitnah. Mereka adalah orang yang sangat sedikit di tengah-tengah kabilah dan terkadang tidak didapati pada sebuah kabilah kecuali satu atau dua orang, bahkan terkadang tidak didapati satu orang pun sebagaimana permulaan Islam.

Dengan dasar inilah, para ulamak menafsirkan hadits ini. Al-Auza’i mengatakan tentang sabda Rasulullah : “Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing”. "Adapun Islam itu tidak akan pergi akan tetapi Ahlus-Sunnah yang akan pergi sehingga tidak tersisa di sebuah negeri melainkan satu orang”. Dengan makna inilah didapati ucapan salaf yang memuji sunnah dan mensifatinya dengan asing dan mensifati pengikutnya dengan kata sedikit. (Lihat Kitab Ahlul-Hadis Hum At Thoifah Al-Mansurah hal 103-104)

Demikianlah sunnatullah para pengikut kebenaran. Sepanjang perjalanan hidup selalu dalam prosentase yang sedikit. Allah berfiman :

“Dan sedikit dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur”.

Dari pembahasan yang singkat ini, jelas bagi kita siapakah yang dimaksud dengan Ahlus-Sunnah dan siapa-siapa yang bukan Ahlus-Sunnah yang hanya penamaan semata. Benarlah ucapan seorang penyair mengatakan :

Semua orang mengaku telah menggapai si Laila, Akan tetapi si Laila tidak mengakuinya.

Ahlus-Sunnah adalah orang-orang yang mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah dengan pemahaman, amalan dan dakwah salafus-solih.


Dikutip dari http://www.asysyariah.com/
Penulis : Al Ustadz Abu Usamah bin Rawiyah An Nawawi,
Judul Asli: Siapakah Ahlus Sunnah?


Diarsipkan pada: http://qurandansunnah.wordpress.com/


http://qurandansunnah.wordpress.com/2009/04/18/ahlus-sunnah/


Diedit oleh Ibnu Hasan Al-Amin.