Friday, August 17, 2012

Kaifiyyat Berjanggut Ikut Sunnah

Disusun oleh Ibnu Hasan Al-Amin


Berikut aku kemukakan hujjah-hujjah dari Al-Hadis dan syarah ulamak mengenai bagaimana sepatutnya berjanggut bagi seorang muslim dengan ikut sunnah Nabi sollAllohu 'alaihi wa aalihi wa sallam.

Hujjah-hujjah itu membawa kepada pengertian bahawa janggut seorang lelaki muslim itu hendaklah dibiarkan panjang.

Sila baca.


HADIS PERTAMA

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ. قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : عَشْرٌ مِنَ الْفِطْرِ قَصُّ الشَّوَارِبِ وَاِعْفَاءُ الْلِحْيَةِ وَالسِّوَاكُ وَاِسْتِنْشَاقُ الْمَاءِ وَقَصُّ الْاَظْفَارِ وَغُسْلُ الْبَرَاجِمِ وَنَتْفُ الْإِبْطِ وَحَلْقُ الْعَنَةِ وَاِنْتِقَاصُ الْمَاءِ. قَالَ زَكَرِىَّ. قَالَ مُصْعَبُ وَنَسِيْتُ العَاشِرَةَ الا اَنْ تَكُوْنَ الْمُضْمَضَةُ

Dari ‘A-isyah, katanya, Rosulullah sollAllohu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sepuluh perkara termasuk fitrah, iaitu : memotong misai, membiarkan / memanjangkan / memelihara janggut , bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membersihkan celah-celah jemari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan merenjiskan air ke kain selepas istinja. Berkata Zakaria, berkata Mus’ab : Aku lupa yang kesepuluh, barangkali ialah berkumur-kumur.

(Hadis riwayat Muslim)

اِعْفَاءُ الْلِحْيَةِ membiarkan / memanjangkan / memelihara janggut

« Shaikh Ahmad As-Saharanfuri dalam kitab Bazl Al-Majhud, syarah Sunan Abu Daud : Sepuluh perkara termasuk fitrah ertinya ada sepuluh perkara sunnah yang menjadi amalan Nabi-Nabi yang disuruh kita mengikut mereka sepertimana yang terdapat dalam fiman Allah Ta’ala

أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ ۖ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهْ

“Mereka (Nabi-Nabi) itulah orang-orang yang telah diberi

petunjuk oleh Allah maka ikutlah petunjuk mereka”.

(Al-Quran Surah Al-An’am 6 : Ayat 90)


HADIS KEDUA

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ . قَاَل رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَاعْفُوا الْلِحْىَ

Dari Ibnu 'Umar rodhialahhu ‘anhu katanya, Rosulullah sollAllohu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Kamu cukurlah misai dan biarkan / panjangkanlah / pelihara janggut”.

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

اعْفُوا الْلِحْىَ biarkan panjangkanlah / pelihara janggut


HADIS KETIGA

وَفِىْ رِوَايَةٍ : اُنْهُكُوا الشَّوَارِبَ وَاعْفُوا الْلِحْىَ

Dalam satu riwayat : “Kamu potonglah misai dan kamu biarkan / peliharalah / panjangkan janggut”.

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

اعْفُوا الْلِحْىَ kamu biarkan / peliharalah / panjangkan janggut


HADIS KEEMPAT

عَنْ اَبِىْ هُرَيْرَةَ قَالَ. قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : جَزُّوا الشَّوَارِبَ وَارْخُوا الْلِحْىَ

Dari Abu Huroiroh, katanya, Rosulullah sollAllohu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Kamu potonglah misai dan kamu panjangkan / labuhkan janggut”.

(Hadis riwayat Muslim)

ارْخُوا الْلِحْىَ kamu panjangkan / labuhkan janggut


HADIS KELIMA

عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. اَنَّهُ قَالَ : اُمِرْنَا بِاِحْفَاءِ الشَّوَارِبَ وَاِعْفَاءِ الْلِحْيَةَ

Dari Ibnu 'Umar, dari Nabi sollAllohu ‘alaihi wa sallam sesungguhnya ia berkata : “Kami diperintah supaya mencukur misai dan membiarkan / memelihara janggut panjang”.

(Hadis riwayat Muslim)

اِعْفَاءِ الْلِحْيَةَ membiarkan / memelihara janggut panjang


HADIS KEENAM

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ. قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَالِفُوا الْمُشْرِكِيْنَ وَفَرُّوا الْلِحْىَ وَاحْفُوا الشَّوَارِبَ

Dari Ibnu 'Umar rodhiallahu ‘anhu katanya, Rosulullah sollAllohu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Berbezalah kamu dari orang-orang musyrik dan kamu peliharalah janggut dan kamu cukurlah misai”.

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

فَرُّوا الْلِحْىَ kamu peliharalah janggut

«« Mengenai larangan menyerupai orang-orang musyrik dan orang Majusi dan dalam riwayat yang lain menyerupai orang Yahudi dan Nasroni, Shaikh ‘Abdul ‘Aziz Bin Baz komen seperti berikut : “Adapun sebab yang disebutkan Nabi sollAllohu ‘alaihi wa sallam itu adalah bagi menerang keadaan pengingkaran mereka terhadap petunjuk Nabi dan Rosul-Rosul sebelumnya, maka inilah yang ditegah untuk dicontohi dan bukan yang dimaksudkan dengannya sebab adanya atau tidak kesan perlakuan kepada hukum itu, kerana jika mereka membiarkan janggut, maka dari segi ini mereka mengikut petunjuk sebahagian Rosul yang sebelum mereka dan Rosul penutup ialah Nabi Muhammad sollAllohu ‘alaihi wa sallam”.

Sekiranya orang-orang musyrik, majusi, yahudi dan nasrani membiarkan janggut mereka dan memotong misai mereka, sudah tentu tiada hadis larangan penyerupaan seperti yang tersebut di atas.


HADIS KETUJUH

عَنْ اَبِىْ هُرَيْرَةَ قَالَ. قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : جَزُّوا الشَّوَارِبَ وَارْخُوا الْلِحْىَ خَاِلفُوْا الْمَجُوْسَ

Dari Abu Huroiroh, katanya, Rosulullah sollAllohu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Kamu potong misai dan kamu panjangkan / labuhkan janggut, berbezalah kamu dari orang-orang Majusi”.

(Hadis riwayat Muslim)

ارْخُوا الْلِحْىَ kamu panjangkan / labuhkan janggut



SYARAH ULAMAK MENGENAI HADIS JANGGUT


PERTAMA

Syaikh Abdul Latif Musytahiri

Seorang ulamak yang disebut sebagai Imam Ahli Sunnah, Syaikh Al-Fadhil Abdul Latif Musytahiri, dalam bukunya : هذا دعوتنا (Inilah Dakwah Kita), antara lain menyebutkan :

قصوا الشارب واعفوا اللحي

“Kamu potonglah misai dan biarkanlah janggut panjang”.

Dalam satu riwayat berbunyi :

احفوا الشارب واوفروا اللحي

“Kamu potonglah misai dan biarkanlah janggut kamu lebat”.

Dalam satu riwayat lain berbunyi :

جزوا الشوارب وارخوا اللحي

“Kamu potonglah misai dan kamu panjangkanlah janggut”.

Makna yang terkandung dalam hadis-hadis di atas menunjukkan misai boleh dipendekkan dengan mengguntingnya atau mencukurnya dengan pisau atau dengan alat mesin pencukur. Tetapi janggut adalah wajib dibiarkan, dilebatkan dan memanjangkannya, dengan erti kata membiarkan janggut itu mengikut keadaannya sehinggalah ia panjang.


@@@@@@@@@@@@@@@@@


Suruhan membiarkan janggut panjang adalah jelas lagi terang dan sahih, tidak dibatalkan dan suruhan ini adalah berbentuk wajib, serta tidak ada nas yang memalingkannya kepada bentuk sunat. Adalah dikira berdusta orang yang mengambil ringan daripadanya, sama ada kerana kelemahan atau kerana kejahilannya, yang berkata bahawa berjanggut itu merupakan tradisi yang aneh dan suatu yang bukan bernama ibadah. Perkataaan seperti ini adalah suatu pendustaan terhadap Rosulullah sollAllohu ‘alaihi wa sallam yang termasuk dalam sabdanya :

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

“Sesiapa yang berdusta atasku, maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di neraka”.

خمس من الفطرة : الختان والاستحداد وحلق العنة وقص الاظفر وتوفير اللحية

“Lima perkara tergolong dari fitrah iaitu : berkhitan, mencukur dan membersihkan bulu ari-ari, memotong kuku dan melebatkan janggut”.

Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain dengan sanad yang berbeza-beza)


KEDUA

MAJALAH AL-JAMI’AH AL-MISRIYYAH

Beberapa orang anggota Al-Jami’ah Asy-Syari’ah Mesir telah menulis berhubung dengan perkara janggut yang dimuatkan dalam majalah Al-Jami’ah Al-Misriah, Bil. 7, Tahun ke 5 melalui tajuk : “Mencukur janggut Haram dengan Ijma’”. Di antara kandungannya adalah seperti berikut :

Hadis-hadis yang menyeru agar memotong misai dan membiarkan janggut memanjang sangat banyak. Kesemuanya adalah berupa nas yang menunjukkan kewajipan membiarkan janggut panjang dan haram mencukurnya serta mengambil sebahagian daripadanya adalah dosa besar.

Tidak tersembunyi, bahawa kedua-dua lafaz hadis “Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik dan berbezalah dengan orang-orang majusi, kerana keduanya sebagai menyokong hukum haram ini”.

“Hadis-hadis yang baru kami sebutkan memberi pengertian bahawa membiarkan janggut memanjang boleh diertikan sebagai membiarkan memanjang sebahagian besar atau kesemuanya”.


KETIGA

SYAIKH MUHAMMAD ZAKARIYYA AL-KANDAHLAWIY

Setelah membawa beberapa hadis beliau memberikan komen sebagai berikut :

Riwayat-riwayaat hadis ini menunjukkan bahawa membiarkan janggut adalah disuruh dalam Islam, begitu juga membiarkannya lebat, memanjangkan dan melabuhkannya.

Pada zahirnya suruhan ini adalah membawa kepada hukum wajib selama tidak ada dalil yang mengalihkannya kepada yang lain, dan di sini jelas tidak ada dalil yang mengalihkannya kepada hukum lain. Bahkan Nabi sollAllohu ‘alaihi wa sallam membiarkan janggutnya lebat dan panjang selama hayatnya, begitu juga para sahabat rodhiallahu ‘anhum di mana tidak ada riwayat yang menyebutkan walau seorang pun dari mereka mencukur dan memotong janggut lebih dari genggaman tangan serta ia suatu bukti yang jelas bahawa suruhan ini adalah wajib.

Nabi sollAllohu ‘alaihi wa sallam menyuruh membiarkan janggut panjang dan baginda sendiri membiarkan janggut baginda yang berkat itu panjang, sebagaimananya telah disebut di atas.

Kesemua hadis dan keterangan ini mensabitkan bahawa membiarkan janggut panjang adalah suatu perkara semualjadi yang diberikan kepada manusia, dan membiarkannya panjang adalah disuruh dalam agama Islam. Di samping itu ianya adalah sebahagian dari sunnah perjalanan hidup para nabi ‘alaihimus-salam dan tidak ada riwayat yang menyebutkan mana-mana nabi atau wali-wali Allah yang solih yang mencukur janggut atau memotongnya.

Maka sesiapa yangt mencukur janggut atau memendekkannya kurang dari segenggam ianya adalah menyalahi fitrah dan sifat semualajadi yang difitarhkan ke atasnya. Mencukur janggut itu adalah jalan pilihan orang-orang fasik dan penyelewengan dari sunnah nabi-nabi ‘alaihimus-salam.

Beliau juga menulis bahawa Ibnu Hazmin berkata dalam kitabnya Al-Muhalla, “Sesungguhnyaa memotong misai dan membiarkan janggut memanjang adalah fardhu berdasarkan hadis marfu’ Ibnu ‘Umar

خالف المشركين أحفوا الشوارب وأعفوا اللحي

“Berbezalah kamu daripada orang-orang musyrik, kamu potonglah misai dan kamu biarkanlah janggut memanjang”.

Berkata pengarang Al-Ibda’ Fi Mador Al-Ibtida’ : Mazhab yang empat sepakat tentang wajibnya melebatkan janggut dan tentang haram mencukurnya.


KEEMPAT

SYAIKH ‘ABDUL ‘AZIZ BIN ‘ABDULLAH BIN BAZ

Hadis Rosulullah sollAllohu ‘alaihi wa sallam yang bertaraf sahih telah menunjukkan wajib membiarkan janggut panjang, lebat dan labuh dan telah menunjukkan haram mencukur dan mengguntingnya sebagaimana yang disebutkan dalam dua kitab sahih Al-Bukhari dan Muslim daripada Ibnu ‘Umar rodhiallahu ‘anhuma bahawa Nabi sollAllohu ‘alaihi wa sallam bersabda :

قصوا الشوارب وأعفوا اللحي خالف المشركين

“Kamu potonglah misai dan kamu biarkanlah janggut panjang, berbezalah kamu daripada orang-orang musyrik”.

Dalam Sahih Muslim dari Abu Huroiroh rodhiallahu ‘anhu bahawa Nabi sollAllohu ‘alaihi wa sallam bersabdaa

: جَزُّوا الشَّوَارِبَ وَارْخُوا الْلِحْىَ خَاِلفُوْا الْمَجُوْسَ

“Kamu potong misai dan kamu panjangkan / labuhkan janggut, berbezalah kamu dari orang-orang Majusi”.

Kedua-dua hadis ini dan hadis-hadis lain yang semakna dengannya, kesemuanya menunjukkan wajib membiarkan janggut panjang dan melabuhkannya dan haram mencukur dan mengguntingnya sebagaimana yang sudah kami sebutkan.

Sesiapa yang menyangka bahawa membiarkan janggut panjang hanya sunat dan orang yang melakukannya akan mendapat pahala dan yang tidak melakukannya tidak mendapat doasa, adalah menyalahi hadis-hadis sahih kerana asal pada suruhan adalah wajib dan asal pada larangan adalah haram. Tidak harus bagi sesiapa pun menyalahi zahir hadis sahih melainkan ada dalil yang memalingkan makna zahir itu kepada yang lain, sedangkan di sini tidak ada dalil yang memalingkan zahir hadis itu kepada yang lain.

Adapun hadis yang diriwayatkan At-Tirmizi dari Abu Huroiroh rodhiallahu ‘anhu dari Nabi sollAllohu ‘alaihi wa sallam

أنه كان يأخذ من لحيته من طوله وعرضه

“Bahawa Nabi sollAllohu ‘alaihi wa sallam mengambil sebahagian dari janggutnya dari panjang dan tepinya”.

Adalah hadis ini adalah hadis batil yang tidak sahih daripada Rosulullah sollAllohu ‘alaihi wa sallam kerana dalam isnadnya terdapat perawi yang dituduh sebagai pendusta.



DAFTAR KATA

1. اِعْفَاءُ الْلِحْيَةِ membiarkan / memanjangkan / memelihara janggut

2. اعْفُوا الْلِحْىَ panjangkanlah / biarkan / pelihara janggut

3. اعْفُوا الْلِحْىَ kamu peliharalah / biarkan / panjangkan janggut

4. ارْخُوا الْلِحْىَ kamu panjangkan / labuhkan janggut

5. اِعْفَاءِ الْلِحْيَةَ membiarkan / memelihara janggut panjang

6. ارْخُوا الْلِحْىَ kamu labuhkan / panjangkan janggut



Rujukan :

(1)

Tajuk Buku : JANGGUT – WAJIB ATAU SUNNAH

Pengarang : Muhammad Abu Faroq Al-Athari

Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, Johor

Cetakan : Pertama, 2004

Pencetak : Comtech Markerting Sdn Bhd, Johor Bahru, Johor


(2)

Tajuk Buku : JANGGUT DAN MISAI

Pengarang : Hj. Muhammad Nur Lubis

Penerbit : Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur

Cetakan : Pertama, 1999

Pencetak : Percetakan Putrajaya Sdn Bhd

No comments: