Friday, October 26, 2012

Perkataan Lembut Dan Keras Nabi Musa 'Alaihis-Salam Kepada Fir'aun

Susunan Ibnu Hasan Al-Amin


يسم الله


Banyak kali sudah aku jumpa / dengar / baca kata-kata penda'wah yang bijak kepala hotaknya mengenai teknik berda'wah. Apabila dia lihat ada sikit kasar dalam perkataan seseorang yang mengkritik orang atau perlakuan orang yang salah maka cepat dia mengeluarkan fatwanya dengan katanya supaya tidak boleh berkasar, kena berlembut sentiasa sambil dia keluarkan satu ayat Al-Quran mengenai perintah Alloh kepada Nabi Musa 'alaihis-salam supaya berkata lembut kepada Fir'aun. Berikut ialah ayat Al-Quran itu :

اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ
Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas;
Al-Quran SurohToha 20 : Ayat 43

فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ
maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut.
Al-Quran Suroh Toha 20 : Ayat 44

Tapi penda'wah yang bijak kepala hotaknya itu tidak mahu ambil atau sengaja lupa bahawa ada ayat Al-Quran yang lain yang mengkhobarkan bahawa Nabi Musa 'alaihis-salam berkata kasar-keras kepada Fir'aun setelah Fir'aun maki hamunnya. Berikut ialah ayatnya :

وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَىٰ تِسْعَ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ ۖ فَاسْأَلْ بَنِي إِسْرَائِيلَ إِذْ جَاءَهُمْ فَقَالَ لَهُ فِرْعَوْنُ إِنِّي لَأَظُنُّكَ يَا مُوسَىٰ مَسْحُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Musa sembilan buah mu'jizat yang nyata maka tanyakanlah kepada Bani Isroil, apabila Musa datang kepada mereka kemudian Fir'aun berkata kepadanya : "Sesungguhnya aku sangka kamu, wahai Musa, seorang yang kena sihir".
Al-Quran Suroh Al-Isrok 17 : Ayat 101

Selepas Fir'aun maki Nabi Musa 'alaihis-salam sebagai seorang yang kena sihir, dalam ayat berikutnya dari suroh yang sama, Nabi Musa 'alaihis-salam balas makian Fir'aun itu dengan perkataan yang kasar keras "seorang yang akan binasa" seperti berikut :

قَالَ لَقَدْ عَلِمْتَ مَا أَنزَلَ هَـٰؤُلَاءِ إِلَّا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ بَصَائِرَ وَإِنِّي لَأَظُنُّكَ يَا فِرْعَوْنُ مَثْبُورًا
Dia (Musa) berkata : "Sesungguhnya engkau telah mengetahui, bahawa tiada yang menurunkan mu'jizat-mu'jizat itu kecuali Robb Yang memelihara langit dan bumi sebagai bukti-bukti yang nyata; dan sesungguhnya aku mengira kamu, wahai Fir'aun, seorang yang akan binasa".
Al-Quran Suroh Al-Isrok 17 : Ayat 102

Malah akhirnya Nabi Musa 'alaihis-salam mendoakan kebinasaan ke atas Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya. Berikut ialah ayatnya :

وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَن سَبِيلِكَ ۖ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَىٰ أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ
Dia (Musa) berkata : "Robbana, sesungguhnya Engkau telah beri kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, Robbana, akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau. Robbana, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat siksaan yang pedih."
Al-Quran Suroh Yunus 10 : Ayat 88

Nasihat aku kepada penda'wah yang bijak kepala-hotaknya itu supaya ambil Islam itu keseluruhaannya, jangan hanya ambil Islam itu yang kamu rasa menguntungkan kamu dan tuan-tuan politik kamu. Dengar sini ayat ini :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam As-Silmi (Islam) secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaiton. Sesungguhnya syaiton itu musuh yang nyata bagimu.
Al-Quran Suroh Al-Baqoroh 2 : Ayat 208

Wallohu a'lam.

Kepada Alloh lah aku bertawakkal.