Tuesday, December 13, 2011

MENGGANGGU ORANG YANG SEDANG SOLAT Dengan Sejadah Bergambar Dan Gambar-Gambar Yang Seumpamanya



عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى فِيْ حَمِيْصَةٍ لَهَا أَعْلَامٌ فَقَالَ : شَغَلَتْنِيْ أَعْلَامُ هَذِهِ . إِذْهَبُوْا بِهَا إِلَى أَبِيْ جَهْمٍ وَأْتُوْنِيْ بِأَنْبِجَانِيَّتِهِ

Dari ‘A-isyah, bahawa Nabi sollAllohu 'alaihi wa sallam bersolat dengan mengenakan hamisoh (1) (حَمِيْصَة), kemudian sabdanya :

“Gambar-gambar ini mengganggu perhatianku, kembalikanlah pakaian ini kepada kepada Abu Jahmin dan tukarkanlah dengan anbijaniah (2) (أَنْبِجَانِيَّة) nya”.

Hadis Riwayat Al-Bukhori Dan Muslim.

Kitab Rujukan* : Fiqhus-Sunnah Jilid 1, Bab Melihat Sesuatu Yang Melalaikan.

(1) hamisoh (حَمِيْصَة) : pakaian dari bulu yang bergambar

(2) anbijaniyyah (أَنْبِجَانِيَّة) : pakaian bulu kasar yang tidak bergambar




عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ قِرَامٌ لِعَائِشَةَ قَدْ سَتَرَتْ بِهِ جَانِبَ بَيْتِهَا فَقَالَ لَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : أَمِيْطِيْ عَنِّيْ قِرَامَكِ هَذَا. فَإِنَّهُ لَا تَزَالُ تَصَاوِيْرُهُ تَعْرِضُ لِيْ فِيْ صَلَاتِيْ

Dari Anas katanya : Adalah tabir milik 'A-isyah yang ia gunakan buat menutup tepi rumahnya, maka Nabi sollAllohu 'alaihi wa sallam bersabda kepadanya ('A-isyah) :

“Singkirkanlah tabirmu ini, kerana gambar-gambarnya sentiasa menggangguku dalam solatku”.

Hadis Riwayat Ahmad Dan Al-Bukhori.

Kitab Rujukan* : Bustanul Ahbar Mukhtashar Nailul-Author, Juz 2, Bab Makruh Pada Kiblat Masjid Apa Yang Melalaikan Orang Yang Sedang Solat.




وَ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ طَلْحَةَ أَنَّ ألنَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ دَعَا بَعْدَ دُخُوْلِهِ الْكَعْبَةَ فَقَالَ : إِنِّيْ كُنْتُ رَأَيْتُ قَرْنَيِ الْكَبْشِ حِيْنَ دَخَلْتُ الْبَيْتَ فَنَسِيْتُ أَنْ آمُرَكَ أَنْ تُخَمِّرَ هُمَا فَإِنَّهُ لَا يَنْبَغِيْ أَنْ يَكُوْنَ فِيْ قِبْلَةِ الْبَيْتِ شَيْءٌ يُلْهِيْ الْمُصَلِّيَ

Dan dari “Usman Bin Tolhah, sesungguhnya Nabi solloAllohu 'alaihi wa aalihi wa sallam pernah memanggil sesudah dia masuk Ka’bah, lalu dia bersabda :

“Sesungguhnya aku melihat dua tanduk domba ketika aku masuk Ka’bah, tetapi aku lupa untuk menyuruhmu supaya menutupinya, kerana itu (sekarang) tutupilah kedua tanduk tersebut, sebab tidak patut pada qiblat / arah Ka’bah itu ada sesuatu yang dapat melalaikan orang yang sedang solat”.

Hadith Riwawat Ahmad Dan Abu Dawud.

Kitab Rujukan* : Bustanul Ahbar Mukhtashar Nailul-Author, Juz 2, Bab Makruh Pada Kiblat Masjid Apa Yang Melalaikan Orang Yang Sedang Solat.



HURAIAN ULAMAK


[1] Bisri Mustafa

KITAB RUJUKAN* : Sullamul-Afham Syarah Li Bulughul-Maram (بلوغ المرام) Juz 1

[1.1] Lukisan-lukisan dan sebagainya yang dapat mengganggu solat hukumnya makruh dipakai atau dipasang berhampiran tempat solat.

[1.2] Bahawa solat dengan menggunakan tikar atau sejadah yang berlukis atau bergambar itu makruh hukumnya.

[1.3] Bahawa melukis masjid dengan lukisan apa pun hukumnya makruh.

[1.4] Bahawa segala sesuatu yang dapat mengganggu kekhusyukan, sayugia dihilangkan.


[2] Faishal Bin Abdul Aziz Aal Mubarak

KITAB RUJUKAN* : Bustanul Ahbar Mukhtashar Nailul-Author Bab Makruh menghias mihrab dan lain-lain lagi yang biasa di hadapan orang yang sedang solat baik dengan cara diukir, dilukis atau lain-lain yang dapat mengganggu.


[3] Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

AKHBAR RUJUKAN* : Harakah Bil. 276, Juma’at 28 Jun 1991

Hamparan warna-warni atau kain sejadah yang mempunyai ukiran berbunga serta gambar-gambar seperti yang terdapat pada kebanyakan sejadah yang digunakan di masjid-masjid atau surau-surau sekarang ini juga merupakan hal-hal sampingan yang boleh mendatangkan gangguan. Kebanyakan para pengusaha hamparan atau sejadah itu bukan dari golongan orang Islam, mereka membentuk ukiran atau gambar-gambar itu atas muslihat melariskan perniagaan.

Usahawan bukan Islam itu, sudah tentu jahil tentang perkara ibadah orang Islam, tetapi ada kalanya mereka menyelitkan unsur-unsur tertentu dalam barangan dagangan mereka sama ada berbentuk salib dan sebagainya munkin dengan maksud tertentu.

Walaupun mereka mengukirkan gambar-gambar masjid al-Aqsa, masjid Istambul, masjid Nabawi dan sebagainya seolah-olah ia menggambarkan seni reka Islam, tetapi segala ukiran itu boleh melalaikan apabila mata seseorang yang sedang solat itu merenung ke arah corak dan warna-warni yang terdapat pada sejadah itu.

Selain ia mengganggu kekhusyukan solat malah ia hanya akan mendatangkan kerugian kepada orang Islam yang membelinya kerana biasanya hamparan-hamparan seperti itu harganya tinggi. Sudah pasti ia merugikan kerana hamparan untuk mendirikan solat itu mamadai sekadar dengan kain putih yang murah sahaja.

Oleh yang demikian menggunakan hamparan kain putih tanpa warna lebih sesuai kerana setiap warna-warni yang terdapat pada hamparan yang sedang digunakan dalam solat itu akan mengundang hati dan ingatan seseorang terhadap warna dan ukiran tersebut.

PENYUSUN : Ibnu Hasan Al-Amin.

* Kitab atau sumber rujukan penyusun.