Thursday, May 28, 2015

Salah Faham Dalam Lafaz Ucapan Salam

Aku dapati ramai orang yang telah salah faham mengenai ucapan salam yaitu salam penghormatan yaitu ucapan oleh orang yang mula-mula mengucapnya ketika bertemu atau ketika memulai tulisannya kepada orang lain.


Ada ustaz yang memandai dalam fatwanya apabila mengatakan boleh bagi salam dengan lafaz "SALAM" kerana "SALAM" itu adalah salah satu dari asmaul-husna. Alangkah bodohnya dia kerana tidak ada satu pun dalil yang mengatakan bahawa "SALAM" سلام itu adalah nama Alloh apa lagi yang boleh digunakan lafaz "SALAM" sebagai ucapan salam penghormatan seperti yang aku terangkan pada muqoddimah tulisan aku ini. Yang benar nama Alloh ialah "AS-SALAM" السلام.


Ada orang berlagak pandai membenarkan amalan bagi salam dengan lafaz "AS-SALAM" kerana lafaz itu ada dalam Al-Quran. Ini satu lagi kesesatan yang nyata kerana buat kesimpulan sendiri tanpa melihat ayat yang ada kalimah as-salam dalam Al-Quran. Perkataan السلام memang ada dalam Al-Quran namun bukan sebagai ucapan salam penghormatan seperti yang aku katakan dalam muqoddimah tulisan aku ini.


Ada juga orang yang pengikutnya telah angkatnya sebagai ulamak telah buat satu syari'at baru bahawa boleh tulis ucapan salam secara ringkas dipotong ucapannya di dalam SMS. Ini satu lagi harubiru punya fatwa dari ulamak itu kerana tidak ada satu pun dalil yang membenarkan fatwanya itu malah tidak ada satu pun ulamak salaf yang beramal tulis ucapan salam secara ringkas dipotongkan ucapannya dalam tulisannya dan dalam surat yang dihantar kepada orang lain.


Aku sudah buat kiraan bahawa dalam Al-Quran perkataan :


1. سَلَام

Ada dalam 18 ayat :

- Al-An'am 6 : 54

- Al-a'rof 7 : 46

- Yunus 10 : 10

- Hud 11 :69

- Ar-Ro'du 13 : 24

- An-Nahlu 16 : 32

- Maryam 19 : 47

- Al-Qosos 28 : 55

- Al-Ahazab 33 : 44

- Yasin 36 : 58

- As-Soffat 37 : 79

- As-Soffat 37 : 109

- As-Soffat 37 : 120

- As-Soffat 37 : 130

- Az-Zumar 39 : 73

- Az-Zukruf 43 : 89

- Az-Zariyat 51 : 25

- Al-Qodr 97 : 5


2. السَّلَام

Ada dalam 5 ayat :

- An-Nisak 4 : 94

- Al-Maidah 5 : 16

- Al-An'am 6 : 127

- Yunus 10 : 25

- Al-Hasyr 59 : 23


3.سَلَّمَ

Ada 1 ayat :

- Al-Anfal 8 : 43


4. سُلَّمٌ

Ada 1 ayat :

- At-Tur 52 : 38


5. السِّلْم

Ada 1 ayat :

- Al-Baqoroh 2 : 208


6. السَّلَمَ

Ada 4 ayat :

- An-Nisak 4 : 90

- An-Nisak 4 : 91

- An-Nahlu 16 : 28

- An-Nahlu 16 : 87


7. السَّلْم

Ada 1 ayat :

Muhammad 47 : 35


Semua ayat-ayat itu bukan menunjukkan dalil ucapan salam penghormatan yang diucapkan oleh orang yang mula-mula mengucapkannya malah bukan sebagai ucapan salam penduduk planet bumi.


Wallohu a'alam.