Friday, May 11, 2018

HIKMAH YANG HILANG

Ada orang "pandai" menempelak aku sebagai tidak berhikmah dan tidak berhemah kerana aku mengatakan (secara umum) "bodoh" kepada orang yang layak dikatakan bahawa dia itu bodoh kerana amalan bodohnya itu yang telah membarah dalam masyarakat Islam. Kerana kejahilannya dia menempelak aku sedangkan mengherdik orang seperti itu bukan tiada dalam syariat Islam; kerana hikmah mengherdik seperti itu telah hilang dari masyarakat Islam, kerana mereka merasa mesti wajib sentiasa 100% berlembut dalam semua keadaan dan tak boleh langsung ada kekasaran dalam perkataan. Kerana kebodohan yang diikutinya itu, dia merasakan sikit kekasaran aku itu tiada hikmah. Sekarang aku akan kemukakan tiga link tulisan aku mengenai hikmah yang telah hilang itu untuk pengetahuan. Dan semoga beramal dengannya dengan cara yang benar.




Sunday, April 29, 2018

Adab Makmum Dalam Solat Jama’ah : Makmum tidak turun sujud melainkan setelah imam sujud / letak dahinya di lantai


Dalilnya ialah hadis dari البراء بن عازب Al-Barrok bin ‘Azib yang terdapat dalam Kitab Sohih Al-Bukhori, dalam كتاب الأذان dalam باب السجود على سبعة أعظم, hadis No. 811 :

قال كنا نصلي خلف النبي صلى الله عليه وسلم فإذا قال سمع الله لمن حمده لم يحن أحد منا ظهره حتى يضع النبي صلى الله عليه وسلم جبهته على الأرض

Katanya, adalah kami bersolat di belakang Nabi sollAllohu ‘alaihi wa sallam, maka semasa baginda berkata سمع الله لمن حمده, tidak seorang pun dari kami membongkokkan punggungnya sehingga Nabi sollAllohu ‘alaihi wa sallam meletakkan dahinya di lantai.

@@@@@@@@@@@@

Aku tulis hadis No. 811 itu adalah berdasarkan kitab Sohih Al-Bukhori yang ada padaku. Kitab itu terbitan Dar Al-Kotob Al-ilmiyah, Beirut, Lebanon, cetakan 2013 A.D. - 1434 H. Munkin pada naskah yang lain nombornya lain, wallohu a'lam.

Hadis seperti ini dengan sikit beza matanya dengan yang ini, mulanya aku jumpa dalam kitab Fiqh As-Sunnah karya Saiyid Sabiq yang menyatakan hadis seperti itu diriwayatkan oleh Jama’ah tanpa menyatakan bilangan hadisnya dalam kitab masing-masing oleh Jama’ah itu. Jama’ah itu bermakna sebilangan ahli al-hadis yang tertentu. Oleh kerana tiada bilangan hadisnya maka payah untuk buat rujukan dalam kitab hadis oleh masing-masing ahli al-hadis itu maka aku terpaksa guna Google search untuk carinya hasilnya aku dapati hadis-hadisnya dan yang ini dalam laman web yang aku sertakan linknya di bawah telah nyatakan nombor hadisnya ialah 778, namun bila aku cari di hadis No. 778 di kitab Sohih Al-Bukhori yang ada padaku ia tiada di situ. Aku tak putus asa, aku lihat di bahagian tajuknya bahawa hadis itu terdapat di sekian bab yaitu di باب السجود على سبعة أعظم maka aku pun carilah hadis itu di bab yang dimaksudkan itu lantas aku jumpainya, namun No. hadis bukan 778 tapi 881. Bab أبواب صفة الصلاة seperti yang dinyatakan dalam laman web itu tiada dalam kitabku itu. Boleh lihat teks hadis itu dalam laman web ini : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=0&bookhad=778