Monday, October 25, 2010

Reunion 5E1 1979

Kelmarin Sabtu 23 Oktober sejarah telah ditempa oleh Kelas 5E1, Sekolah Menengah Sains Johor, Johor, kerana telah berjaya mengadakan majlis pertemuan-semula (Reunion) sejak berpisah pada Disember 1979 selepas selesai mengambil peperiksaan Malaysia Certificate of Education.

Reunion ini diadakan di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur, bermula kira-kira jam 12 tengahari hingga ke jam empat lebih.

Sebelum ini aku dan beberapa orang rakan sekelas 5E1 itu telah adakan mini-reunion di Restoran Asam Pedas, Aeon Jaya Jusco, Setiawangsa, Kuala Lumpur. Yang hadir pada mini-reunion ini ialah Syerifah Muznizah, aku, Azhar, Jailani dan Lokman. Di sini kami telah merancang untuk adakan reunion yang lebih besar (untuk seluruh ahli kelas 5E1). Ini adalah dari idea Sherifah. Berikut ialah gambarnya : PADA AHAD 28 APRIL 2019 AKU PADAM GAMBARNYA INI.


Selain itu telah diadakan beberapa mini-reunion di kalangan beberapa ahli kelas 5E1 / '79 itu di beberapa tempat.

Pada majlis Reunion yang julung kali diadakan ini setelah berpisah lebih dari tiga puluh tahun dulu, telah berjaya mengumpulkan seramai 15 orang dari 28 orang ahli kelas. Sebelas orang tidak dapat hadir atas berbagai-bagai sebab dan dua orang lagi telah meninggal dunia.

Lima belas yang hadir itu ialah Jailani Bin Jasmani, Wan Ahmad Hirza Bin Wan Ahmad, Saiful Yazan Bin Abdul Rahman, Mohd Fuad Bin Mohd Nor, Mat Bahari Bin Bajuri, Zainul Abidin Bin Maslan, Azahari Bin Baharum and Taib Bin Ayob, Christopher Wong, Khairuddin Bin Baba, Fatimah Binti Mustafa, Sherifah Muznizah Binti Syed Mustapha, Iskandar Bin Jaafar, Lokman Bin Mohd Hani and Mohd Azhar Bin Abdul Aziz.

Yang tidak hadir ialah Sharifah Nora Binti Syed Idrus, Mohd Yazid Bin Abu Bakar, Roze Binti Puasa, Azman Bin Ehsan, Azli Bin Kasiron, Azadin Bin Basar, Nor Azizah Binti Saim, Hamka Bin Mohd Salleh, Rosslee Bin Jalil, Norizam Bin Jalil dan Zainuddin Bin Jaafar.

Yang telah meninggal ialah Chandramohan dan Sufian Bin Jaafar.

Pada majlis selama beberapa jam ini aturcaranya ialah santai-bebas, makan buffet, setiap orang berucap dan berhubung secara Skype dan telefon dengan beberapa sahabat yang tidak dapat hadir. Rosslee Wahid yang berada di Dubai telah berjaya kami hubungi melalui Skype. Beberapa orang sahabat yang lain seperti Azman, Yazid dan Nora telah berjaya dihubungi dan berborak ringkas melalui HP.

Berikut ialah beberapa gambar majlis reunion itu yang diambil dari kamera aku melainkan gambar terakhir dari kamera Azhar. PADA AHAD 28 APRIL 2019 AKU PADAM GAMBAR-GAMBAR ITU.