Friday, August 17, 2012

Mengatakan "BODOH" kepada orang bodoh

بسم الله

Adakalanya aku mengatakan kepada orang bodoh dengan perkataan "BODOH". Tapi ada yang membantahnya. Mengatakan kepada orang bodoh dengan perkataan "BODOH" bukannya tidak ada asalnya dalam syari'at Islam, malah nabi-nabi 'alaihimus-salam telah mengucapkannya kepada sebahagian ummatnya. Buktinya ialah terdapat dalam beberapa ayat Al-Quran seperti berikut :


AYAT AL-QURAN PERTAMA

وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتَوْا عَلَىٰ قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَىٰ أَصْنَامٍ لَّهُمْ ۚ قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَل لَّنَا إِلَـٰهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ ۚ قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ

Dan Kami bawakan Bani Isroil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu qaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya.

Mereka (Bani Israil) berkata :

"Wahai Musa buatlah untuk kami suatu ilah (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa ilah".

Dia (Musa) menjawab :

"Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang bodoh*.

Al-Quran Suroh Al-A’rof 7 : Ayat 138

* tidak mengetahui.


AYAT AL-QURAN KEDUA

وَيَا قَوْمِ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مَالًا ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ ۚ وَمَا أَنَا بِطَارِدِ الَّذِينَ آمَنُوا ۚ إِنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَلَـٰكِنِّي أَرَاكُمْ قَوْمًا تَجْهَلُونَ

Dan (dia berkata) : "Wahai qaumku, aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Robb mereka, akan tetapi aku memandang kamu suatu qaum yang bodoh*".

Al-Quran Suroh Hud 11 : Ayat 29

* tidak mengetahui.


AYAT AL-QURAN KETIGA

أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ

Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu, bukan (mendatangi) wanita? Sebenarnya kamu adalah qaum yang bodoh*".

Al-Quran Suroh An-Naml 27 : Ayat 55

* tidak mengetahui (akibat perbuatanmu).

AYAT AL-QURAN KEEMPAT

قَالَ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِندَ اللَّهِ وَأُبَلِّغُكُم مَّا أُرْسِلْتُ بِهِ وَلَـٰكِنِّي أَرَاكُمْ قَوْمًا تَجْهَلُونَ

Dia berkata :

"Sesungguhnya pengetahuan (tentang itu) hanya pada sisi Allah dan aku (hanya) menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengan membawanya tetapi aku lihat kamu adalah qaum yang bodoh*".

Al-Quran Suroh Al-Ahqof 46 : Ayat 23

* tidak mengetahui.


AYAT AL-QURAN KELIMA

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَـٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ

Apabila dikatakan kepada mereka :

"Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain (pengikut Nabi Muhammad sollollohu 'alaihi wa aalihi wa sallam) telah beriman",

mereka menjawab :

"Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?"

Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh*, tetapi mereka tidak tahu.

Al-Quran SurohAl-Baqoroh 2 : Ayat 13

*bodoh kerana kurang aqal.


AYAT AL-QURAN KEENAM

وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفْسَهُ ۚ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا ۖ وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ

Dan tidak ada yang benci kepada millah (agama) Ibrohim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang solih.

Al-Quran Suroh Al-Baqoroh 2 : Ayat 130


AYAT AL-QURAN KETUJUH

وَاخْتَارَ مُوسَىٰ قَوْمَهُ سَبْعِينَ رَجُلًا لِّمِيقَاتِنَا ۖ فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ وَإِيَّايَ ۖ أَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا ۖ إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَن تَشَاءُ وَتَهْدِي مَن تَشَاءُ ۖ أَنتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۖ وَأَنتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ

Dan Musa memilih tujuh puluh orang dari qaumnya untuk (memohonkan taubat kepada Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan. Maka ketika mereka digoncang gempa bumi, Musa berkata : "(Ya) Robbku, kalau Engkau kehendaki, tentulah Engkau membinasakan mereka dan aku sebelum ini. Apakah Engkau membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang bodoh di antara kami? Itu hanyalah fitnah (cobaan) dari Engkau, Engkau sesatkan dengan cobaan itu siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki . Engkaulah Yang memimpin kami, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkaulah Pemberi ampun yang sebaik-baiknya".

Al-Quran Suroh Al-A’rof 7 : Ayat 155

No comments: