Tuesday, September 2, 2014

MEMANJANGKAN SOLAT JUMA'AT DAN MEMENDEKKAN KHUTBAH JUMA'AT


عَنْ وَاصِلِ بْنِ حَيَّانَ قَالَ: قَالَ أَبُو وَائِلٍ: خَطَبَنَا عَمَّارٌ فَأَوْجَزَ وَأَبْلَغَ فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا يَا أَبَا الْيَقْظَانِ لَقَدْ أَبْلَغْتَ وَأَوْجَزْتَ فَلَوْ كُنْتَ تَنَفَّسْتَ فَقَالَ: إِنِّي سَمِعْتُ رَسُـولَ اللهِ ( صلى الله عليه واله وسلم ) يَقُولُ إِنَّ طُولَ صَلاَةِ الرَّجُلِ وَقِصَـرَ خُطْبَتِهِ مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ فَأَطِيلُوا الصَّلاَةَ وَاقْصُرُوا الْخُطْبَةَ وَإِنَّ مِنَ الْبَيَانِ لَسِحْرًا

Dari Wasil Bin Haiyan, dia berkata : Telah berkata Abu Wa-il : ‘Ammar telah berkhutbah kepada kami maka dia meringkaskan dan menyampaikan (khutbah itu); apabila dia turun kami berkata (kepadanya) : Wahai Aba Yaqzon sungguh anda telah menyampaikan dan meringkaskan, kalaulah anda memanjangkannya!

Dia (‘Ammar) berkata : Sesungguhnya aku telah dengar Rosululloh (sollollohu ‘alaihi wa aalihi wa sallam) berkata : Sesungguhnya panjangnya solat seorang lelaki itu dan pendeknya khutbahnya adalah tanda kefaqihannya, maka panjangkanlah solat dan pendekkanlah khutbah, sesungguhnya di antara al-bayan (penerangan itu) sungguh mengandungi daya tarikan (sihr).

Hadis sohih riwayat Muslim dalam Sohihnya, Nombor 869, Kitab Al-Jumu'ah.


********************


Syarah Hadis


Imam An-Nawawiy mensyarahkan hadis ini bahawa yang dimaksudkan dengan solat yang lebih panjang daripada khutbah bukanlah panjang yang menyusahkan makmum.

Syarh Sohih Muslim, Kitab Al-Jumu’ah, Bab Takhfif As-Solah Wa Al-Khutbah.


********************


Keterangan ringkas :


'Ammar yang disebut dalam hadis ini adalah 'Ammar Bin Yasir.

Aba Yaqzon yang disebut dalam hadis ini adalah kunyah kepada 'Ammar Bin Yasir.
Cara Nabi Syu'aib Menyampaikan Risalah Kepada Kaumnya
Sebuah Nota Ringkas

Nabi Syu'aib 'alaihissalam tidak tunggu kaumnya beriman atau bertauhid yang lurus murni semuanya kemudian barulah dia melakukan usaha meng-islah urusan dunya mereka. Buktinya seperti berikut :

وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا ۗ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـٰهٍ غَيْرُهُ ۖ قَدْ جَاءَتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ ۖ فَأَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Madyan saudara mereka, Syu'aib. Dia berkata : "Wahai kaumku, ber'ibadahlah kepada Alloh, sekali-kali tidak ada ilah bagi kamu selainNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti yang nyata dari Robb kamu. Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia "barang-barang takaran dan timbangan" mereka, dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Dia memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman".

Al-A’rof 7 : 85


Da'wah kepada ber'ibadah kepada Alloh dan mengislahkan urusan antara manusia tidak dipisah-pisahkan oleh Nabi Syu’aib ‘alaihissalam.


Berikut keterangan lain mengenai kesempurnaan qo'idah da'wah Nabi Syu'aib 'alaihissalam :

وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـٰهٍ غَيْرُهُ ۖ وَلَا تَنقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ ۚ إِنِّي أَرَاكُم بِخَيْرٍ وَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ مُّحِيطٍ

Dan kepada (penduduk) Madyan (Kami utus) saudara mereka, Syu'aib. Dia berkata : "Wahai kaumku, 'ibadahilah/sembahlah Alloh, sekali-kali tiada ilah bagi kamu selain Dia. Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan, sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan sesungguhnya aku takut terhadap kamu akan 'azab hari yang membinasakan".

Hud 11 : 84

Sambungan dari ayat di atas :

وَيَا قَوْمِ أَوْفُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

Dan Syu'aib berkata) : "Wahai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan 'adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di bumi dengan membuat kerosakan.

Hud 11 : 85


Berikut ialah tentangan kaum Nabi Syu'aib ‘alaihissalam akan seruannya :

قَالُوا يَا شُعَيْبُ أَصَلَاتُكَ تَأْمُرُكَ أَن نَّتْرُكَ مَا يَعْبُدُ آبَاؤُنَا أَوْ أَن نَّفْعَلَ فِي أَمْوَالِنَا مَا نَشَاءُ ۖ إِنَّكَ لَأَنتَ الْحَلِيمُ الرَّشِيدُ

Mereka (kaum Nabi Syu'aib) berkata : "Wahai Syu'aib, apakah solatmu yang menyuruh engkau agar kami meninggalkan apa yang di-'ibadahi/sembah oleh bapa-bapa kami atau melarang kami memperbuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami? Sesungguhnya engkau adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal".

Hud 11 : 87


Lihatlah ada dua aspek bangkangan kaum Nabi Syu'aib yang kafir itu, yaitu aspek ‘aqidah dan aspek urusan dunya yaitu aspek urusan harta.


Berikut adalah jawapan Nabi Syu'aib akan bangkangan kufur kaumnya :

قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّي وَرَزَقَنِي مِنْهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أُخَالِفَكُمْ إِلَىٰ مَا أَنْهَاكُمْ عَنْهُ ۚ إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Dia (Syu'aib) berkata : "Wahai kaumku, bagaimana pandangan kamu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Robbku dan Dia merezekikan aku daripadaNya rezeki yang baik? (patutkah aku menyalahi perintah-Nya)? Dan aku tidak berkehendak menyalahi (mengkhilafi / in opposition) kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang mengenainya. Aku tidak berkehendak kecuali (mendatangkan) islah/perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufiq bagiku melainkan dengan (pertolongan) Alloh. Hanya kepada Alloh aku bertawakkal dan hanya kepadaNya aku kembali.

Hud 11 : 88


Berikut lagi bangkangan kaum Nabi Syu'aib kepadanya :

قَالُوا يَا شُعَيْبُ مَا نَفْقَهُ كَثِيرًا مِّمَّا تَقُولُ وَإِنَّا لَنَرَاكَ فِينَا ضَعِيفًا ۖ وَلَوْلَا رَهْطُكَ لَرَجَمْنَاكَ ۖ وَمَا أَنتَ عَلَيْنَا بِعَزِيزٍ

Mereka (kaum Nabi Syu'aib) berkata : "Wahai Syu'aib, kami tidak banyak mengerti mengenai apa yang engkau katakan dan sesungguhnya kami benar-benar melihat engkau seorang yang lemah di antara kami; kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah kami telah merejam engkau, sedangkan engkau pun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami".

Hud 11 : 91


Dalam ayat yang lain Alloh mengkhobarkan mengenai seruan Nabi Syu'aib kepada penduduk Al-Aikah, berikut ayat-ayat itu :

أَوْفُوا الْكَيْلَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُخْسِرِينَ

Sempurnakanlah takaran dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang merugikan;

Asy-Syu’arok 26 : 181

وَزِنُوا بِالْقِسْطَاسِ الْمُسْتَقِيمِ

dan timbanglah dengan timbangan yang lurus.

Asy-Syu’arok 26 : 182

وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu membuat kejahatan di bumi dengan membuat kerosakan.

Asy-Syu’arok 26 : 183

وَاتَّقُوا الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالْجِبِلَّةَ الْأَوَّلِينَ

dan bertaqwalah kepada Alloh yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang dahulu".

Asy-Syu’arok 26 : 184


Sekian Nota Ringkas dari aku.