Sunday, February 6, 2011

Usaha Mengumpulkan Maklumat Bani Hasan Dan Bani Long

Minta maaf kepada semua saudara-saudaraku yang telah aku temuduga dalam usaha aku mengumpulkan maklumat keturunan moyangku sebelah abah iaitu Hasan dan keturunan atukku sebelah mak iaitu Long Bin Makmul.

Nampaknya usaha ini memerlukan daya yang besar yang sehingga kini tidak mampu aku menyempurnaknnya. Usaha ini memerlukan masa yang banyak, wang yang tidak sedikit, tenaga dan stamina yang kuat serta memerlukan jauh perjalanan ke seluruh semenanjung dalam menjejak dan menemuduga semua mereka dalam keluarga besar ini.

Minta maaf kepada semua yang telah aku temuduga kerana hasilnya belum sempurna. Selama ini aku melakukannya secara solo. Dengan mengambilkira semua keperluan untuk melaksanakan usaha berat ini aku memerlukan satu "team" untuk menjayakannya.