Sunday, February 26, 2012

Senarai Ulamak As-Salafiyyah Yang Membela Asy-Syeikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab Serta Dakwah As-Salafiyyahnya (Bahagian Pertama)




Artikel di bawah terdapat dalam buku berjudul "Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab (Buku 1) seperti gambar di atas dengan sikit edit.

Pendirian Para Ulama’ al-Salafiyyah rahimahumullah Terhadap Penentangan Yang Dilakukan Terhadap al-Syeikh al-Imam Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab rahimahullah Serta Dakwah al-Salafiyyahnya

Dalam usaha melawan segala bentuk penentangan, pembohongan serta kekeliruan terhadap seruan dakwah al-Salafiyyah yang diperjuangkan al-Syeikh al-Imam, para ulama’ al-Salafiyyah rahimahumullah di pelbagai negara dan tempat bersama-sama berpadu tenaga berjihad pada jalan Allah menerusi pendidikan (ta‘lim) dan juga mengeluarkan fatwa kepada umat Islam. Di antara mereka yang terlibat menjalankan usaha tersebut adalah:

(1) al-Syeikh al-Imam Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab (m.1206H).

Tokoh tersohor ini merupakan kalangan ulama’ yang pertama menulis bagi menjawab penentangan terhadap diri serta seruan dakwahnya. Ini terbukti dimana al-Syeikh al-Imam menulis sebuah risalah mengandungi jawapan serta huraian yang amat jelas serta kukuh bagi menjawab risalah saudaranya Sulayman bin ‘Abd. al-Wahhab. [245] Selain itu, menerusi kumpulan hasil karyanya yang dikenali sebagai al-Rasa’il al-Syaksiyyah terkandung kepelbagaian jawapan al-Syeikh al-Imam terhadap dakwaan para penentang yang disalurkan menerusi hasil karya mereka.

[245] Risalah jawapan al-Syeikh al-Imam bertajuk Mufid al-Mustafid fi Hukm Tariki al-Tauhid. Ibn Ghannam menyebutkan risalah ini dengan tajuk lain. Begitu juga dengan al-Syeikh ‘Abd. Rahman bin Hassan dimana walaupun beliau menyebutkan risalah ini tetapi tidak menyatakan nama risalah tersebut sebagaimana yang termaktub dalam kitab al-Durar al-Saniyyah, Jil. 9, hlm. 201.

(2) al-Syeikh Ahmad bin Mani’ (m.1186H). [246]

Beliau merupakan murid kepada al-Syeikh al-Imam. al-Syeikh ini mengarang sebuah risalah bagi menjawab ‘Abd. Allah

bin Muwais, salah seorang penentang dakwah al-Salafiyyah. Berdasarkan kajian, al-Muwais didapati mengambil sikap menghalang serta meringan-ringankan urusan solat berjemaah di kalangan umat Islam. Oleh sebab itu, al-Syeikh Ahmad bin Mani’ menulis risalahnya bagi memperjelaskan kewajipan menunaikan solat berjemaah dengan disertakan dalil-dalil kukuh. Selain itu, beliau juga merupakan pembela yang begitu gigih mempertahankan seruan dakwah al-Syeikh al-Imam

dengan mengemukakan bukti-bukti yang jelas lagi meyakinkan. [247]

[246] Beliau ialah Ahmad bin Mani‘ bin Ibrahim al-Tamimi. Berasal dari Buldah Ashiqar namun meninggal dunia di daerah al-Dar‘iyyah pada tahun 1186H. Sila lihat kitab ‘Ulama’ Najd, Jil. 1, hlm. 182.

[247] Sila lihat kitab ‘Ulama’ Najd, Jil. 1, hlm. 182-183.

(3) Muhammad bin Ghaihab serta Muhammad bin ‘Aidan. [248]

Kedua-duanya merupakan murid kepada al-Syeikh al-Imam. Bagi menghadapi seruan penentangan, mereka berdua menulis sebuah risalah, khas ditujukan kepada ‘Abd. Allah bin Muwais menasihati serta menyampaikan dakwah kepada beliau supaya berpegang kepada akidah al-Salafiyyah. [249]

[248] Penulis tidak berkesempatan mengulas akan kedua tokoh ini.

[249] Sila lihat kitab ‘Ulama’ Najd, Jil. 2, hlm. 605-606.

(4) Gabungan antara al-Syeikh Muhammad bin ‘Ali bin Gharib (m.1209H), [250] al-Syeikh Hammad bin Mu‘ammar (m.1225H) [251] dan al-Syeikh ‘Abd. Allah bin Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab (m.1242H) [252]

menghasilkan sebuah kitab yang amat bernilai bertajuk al-Tawdih ‘an Tauhid al-Khallaq fi Jawab Ahl al-‘Iraq. [253] Kitab yang telah dicetak ini [254] bertujuan menjawab ‘Ali bin ‘Abd. Allah al-Rawi [255] yang berasal dari negara Iraq. Ketika Sulaiman bin Basha menerima hasil karya al-Syeikh al-Imam (pada akhir kurun ke 12H), ‘Abd. Allah al-Rawi menulis kitab bagi menjawab kitab-kitab tersebut, [256] sementara kitab al-Tawdih berperanan menjawab kembali tulisan al-Rawi.

[250] Beliau adalah salah seorang dari murid al-Syeikh al-Imam dan juga menantunya. Anak-anak muridnya terdiri dari tokoh-tokoh ulama’ negeri Najd. Beliau meninggal dunia akibat di bunuh pada tahun 1209H. Sila lihat kitab ‘Ulama’ Najd, Jil. 3, hlm. 910.

[251] Beliau ialah salah seorang dari tokoh ulama’ negeri Najd. Menuntut ilmu di al-Dar‘iyyah kemudian mengajar juga di sana. al-Imam ‘Abd. al-‘Aziz I mengutus beliau ke Mekah pada tahun 1211H bagi mengadakan perbincangan dengan para ulama’ di sana. Maka terserlah di sisi para ulama’ Mekah akan ketokohan al-Syeikh Hammad bin Mu‘ammar dari sudut penghujahan yang beliau kemukakan sehingga akhirnya dilantik sebagai Qadi di Mekah. Beliau meninggal dunia di Mekah. Sila lihat kitab ‘Ulama’ Najd, Jil. 1, hlm. 239; Mashahir ‘Ulama Najd, hlm. 202.

[252] Beliau lahir di daerah Dar‘iyyah pada tahun 1165H. Terkenal kerana pakar dalam beberapa ilmu serta pengarang kepada beberapa risalah yang amat berguna. Dikenali dengan keberaniannya. Dari keturunannya lahir beberapa orang ulama’. Beliau meninggal dunia di Mesir. Sila lihat Mashahir ‘Ulama Najd, hlm. 48; ‘Ulama’ Najd, Jil. 1, hlm. 48.

[253] Penulis mempertahankan menyandarkan kitab ini kepada ketiga-tiga tokoh ulama’ ini berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh al-Syeikh Sulaiman al-Soni‘ rahimahullah. Kenyataan ini diperkuatkan lagi menerusi kata-kata al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd. al-Latif serta Ibn Mani‘. Menurut al-Syeikh Sulaiman al-Soni‘, kitab ini bukanlah karangan al-Syeikh Sulaiman bin.‘Abd. Allah bin Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab. Beliau menyatakannya seperti berikut:

1. al-Bassam dalam kitabnya ‘Ulama’ Najd, Jil. 3, hlm. 916 menafikan sandaran kitab ini kepada al-Syeikh Sulaiman dengan menetapkannya kepada Ibn Gharib yang namanya disebutkan terdahulu.

2. Berdasarkan ulasan al-Syeikh ‘Abd. Allah bin Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah, Jil. 12, hlm. 44, di dapati bahawa beliau merupakan salah seorang pengarang kitab al-Tawdih tersebut. al-Qadi dalam kitabnya Raudhah al-Sinin, Jil. 1, hlm. 323 menyebutkan bahawa antara pengarang kitab al-Tawdih ialah al-Syeikh ‘Abd. Allah bin Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab.

3. Menurut al-Syeikh Fauzan dalam kitabnya al-Bayan wa al-Ishhar, hlm. 54, antara pengarang kitab Tauhid al-Khallaq fi Ajwibah al-‘Iraq ialah al-Syeikh Hammad bin Nasir bin Mu‘ammar.

Berdasarkan bukti-bukti ini maka jelas bahawa kitab al-Tawdih ini dikarang oleh ketiga-tiga ulama’ yang tersebut namanya di atas. Suatu peringatan di mana al-Syeikh al-Soni‘ menyebutkan nama Muhammad bin ‘Ali bin Gharib sebagai Ahmad bin Muhammad bin Gharib. Dalam hal ini, penulis tidak berkesempatan untuk mengulas nama yang dinyatakan oleh al-Syeikh al-Soni‘, di mana kemungkinan ianya suatu kesilapan ataupun berlaku pertukaran huruf dari al-Syeikh al-Soni‘ sendiri.

Dalam pada itu, al-Syeikh ‘Abd. Rahman bin ‘Abd. al-Latif Ali al-Syeikh rahimahullah menyebutkan dalam ulasannya terhadap kitab ‘Unwan al-Majd bahawa al-Syeikh Muhammad bin ‘Ali bin Gharib termasuk kalangan yang menentang dakwah al-Salafiyyah. Sila lihat ‘Unwan al-Majd, Jil. 1, hlm. 133. Kenyataan beliau ini berkemungkinan terpengaruh dengan manuskrip kitab al-Sahhab al-Wabilah karangan penentang dakwah bernama Ibn Humayd. Dalam kitabnya itu, Ibn Humayd mendakwa bahawa Ibn Gharib hanya menyatakan persetujuannya terhadap dakwah al-Syeikh al-Imam secara zahir sahaja manakala secara batin beliau menentangnya. Pendustaan Ibn Humayd ini bukanlah suatu keganjilan kerana dalam kitabnya yang bernama al-Sahhab al-Wabilah beliau juga telah berdusta dengan mengatakan bahawa al-Syeikh ‘Abd. ‘Aziz bin Muhammad, cucu kepada al-Syeikh al-Imam secara batinnya menentang dakwah al-Syeikh al-Imam. Sikap Ibn Humayd ini tidak lain kerana beliau mempunyai perasaan yang amat buruk serta cercaan yang mendalam terhadap al-Syeikh al-Imam. Wallahu a’lam.

Sehubungan dengan nama al-Syeikh Muhammad bin ‘Ali bin Gharib, Ibn Humayd menyebutkan namanya sebagai ‘Abd. Allah bin Gharib. Namun berdasarkan kitab ‘Unwan al-Majd, Jil. 1, hlm. 133, nama sebenarnya ialah ‘Muhammad bin Gharib yang disahkan pengarang kitab Mashahir ‘Ulama’ Najd, hlm. 212 serta Ibn Bassam dalam kitabnya ‘Ulama’ Najd, Jil. 3, hlm. 915. Wallahu a‘lam.

[254] Dicetak menerusi percetakan Matba‘ah al-Syarqiyyah, Mesir pada tahun 1319H serta dicetak kali terakhirnya di kota Riyadh pada tahun 1404H.

[255] Penulis tidak berkesempatan mengulas berkenaan al-Syeikh ini.

[256] Sila lihat kitab Zikra Abi al-Sana’i karangan Imam al-Alusi, hlm. 34-35.

(5) al-Syeikh Husain bin Ghannam al-Ihsa’ie (m.1225H).

Beliau merupakan ahli sejarawan terkenal Najd yang menulis riwayat hidup serta perjuangan gurunya al-Syeikh al-Imam Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab. Selain itu beliau juga menyusun beberapa kasidah (puisi Arab) sebagai jawapan terhadap penentang dakwah bernama Muhammad bin Fairuz. [257]

[257] Mengandungi 76 buah bait. Sila lihat Tarikh Ibn Ghannam, cetakan Abu Buthain, Jil. 2, hlm. 190-196.

(6) al-Syeikh Hammad bin Nasir bin Mu‘ammar (Telah disebutkan namanya terdahulu secara gabungan dengan nama para ulama’ lainnya – penterjemah).

Beliau menghasilkan banyak jawapan bermutu bagi menolak para penentang serta hasil penulisan mereka. Di antaranya adalah al-Nabzah al-Syarifah al-Nafisah fi al-Radd ’ala al-Quburiyyin, [258] al-Fawakih al-‘Azab fi al-Radd ‘ala Man Lam Yahkum al-Sunnah wa al-Kitab [259] serta selain keduanya.

[258] Dicetak serta disisipkan dalam kitab Majmu‘ah al-Rasa’il wa al-Masa’il, Jil. 4, hlm. 592, al-Durar al-Saniyyah, Jil. 9, hlm. 3. Ianya ditulis sebagai jawapan terhadap soalan yang dikemukakan Muhammad bin Ahmad al-Yamani.

[259] Dicetak beberapa kali. Secara realiti kitab ini merupakan jawapan terhadap soalan-soalan para ulama’ Mekah yang dikemukakan kepadanya pada tahun 1211H.

(7) al-Syeikh ‘Abd. al-‘Aziz bin Hammad [260] (m.1240H).

Beliau merupakan cucu kepada al-Syeikh al-Imam dan pengarang kepada risalah bertajuk al-Masail al-Syar‘iyyah ila ‘Ulama’ al-Dar‘iyyah. [261]

[260] Beliau merupakan cucu kepada al-Syeikh al-Imam. Dilantik menjadi Qadi daerah Dar‘iyyah dan setelah ia berjaya ditawan dilantik pula sebagai Qadi daerah ‘Unayzah. Beliau kemudiannya berpindah ke negara Iraq dan meninggal dunia di sana.

[261] Dicetak di sisi kitab Majmu‘ah al-Rasa’il wa al-Masa’il, Jil. 4, hlm. 564. Dikenali juga sebagai al-Ajwibah al-Saniyyah ‘ala al-as’ilah al-Hifziyyah. Sila lihat Majmu‘ah al-Rasa’il, Jil. 4, hlm. 584.

(8) al-Syeikh ‘Abd. Allah bin Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab.

Beliau mengarang sebuah kitab bagi menjawab dakwaan serta bantahan golongan Syi‘ah terhadap Tauhid al-Salafiyyah bertajuk Jawab Ahl al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi‘ah wa al-Zaidiyyah. [262]

[262] Pada peringkat permulaan, risalah ini dicetak di sisi kitab Majmu‘ah al-Rasa’il wa al-Masa’il, Jil. 4, hlm. 47 namun kemudian dicetak secara berasingan.

(9) Ahmad bin Muhammad al-Katalani.

Beliau mengarang sebuah kitab mempertahankan akidah al-Syeikh al-Imam serta menolak dakwaan serta pendustaan para penentang bertajuk al-Sayyib al-Hattal fi Kasyf Syibh Ibn Kamal. [263]

[263] Penulis telah menyatakan tokoh ini serta kitab karangannya di bahagian yang lalu.

(10) al-Syeikh ‘Abd. Allah bin ‘Abd. al-Rahman Abu Buthain (m.1282H).

Beliau merangkap mufti daerah Najd ketika itu. Pengarang kepada kitab yang amat bernilai serta mendalam huraiannya bagi menolak dakwaan Dawud al-I‘raqi bertajuk Ta’sis al-Taqdis fi al-Radd ‘ala Dawud bin Jurjis. Nama lain bagi kitab ini sebagaimana dinyatakan sebahagian muridnya ialah al-Intisor. [264]

[264] Sila lihat kitab Ta’sis al-Taqdis, hlm. 3 dan 63.

************************************************************

Sekian Bahagian Pertama Note ini. Akan diterbitkan Bahagian Kedua, insyaAllah.