Saturday, May 5, 2012

HERDIKAN ISLAM

Ramai sudah aku jumpa orang yang "pandai" yang merasakan tidak boleh mengeluarkan kata-kata keras kepada orang lain samada dalam perbualan atau semasa berda'wah. Apabila aku mengeluarkan kata-kata yang keras dan kesat kepada orang yang bodoh sombong lagi degil, mereka segera tuduh aku telah memaki hamun. Mereka kata Nabi sollAllohu 'alaihi wa aalihi wa sallam tidak pernah berkasar.

Apakah benar kata-kata orang bodoh itu. Jawapannya ialah tidak benar, kerana Al-Quran dan As-Sunnah dan perbuatan kholifah Islam telah membuktikan sangkaan mereka itu adalah salah. Mereka yang jahil itu hanya bersangka-sangka sahaja tentang Islam tanpa melihat kepada dalil yang sohih.

Berikut di bawah ini aku bawakan sebahagian dalil yang menunjukkan perkataan yang keras dari orang yang beriman. Sila baca.


DALIL PERTAMA

قَالَ لَهُم مُّوسَىٰ وَيْلَكُمْ لَا تَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ كَذِبًا فَيُسْحِتَكُم بِعَذَابٍ ۖ وَقَدْ خَابَ مَنِ افْتَرَىٰ

Berkata Musa kepada mereka: "CELAKA KAMU, janganlah kamu mengada-adakan kedustaan terhadap Alloh, maka Dia membinasakan kamu dengan siksa". Dan sesungguhnya telah merugi orang yang mengada-adakan kedustaan.

Al-Quran Surah Toha 20 : Ayat 61


DALIL KEDUA

وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِّمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ

Berkatalah orang-orang yang dianugerahi 'ilmu: "CELAKA KAMU, pahala Alloh adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan ber'amal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu kecuali oleh orang-orang yang sobar".

Al-Quran Surah Al-Qosos 28 : Ayat 80.


DALIL KETIGA

وَالَّذِي قَالَ لِوَالِدَيْهِ أُفٍّ لَّكُمَا أَتَعِدَانِنِي أَنْ أُخْرَجَ وَقَدْ خَلَتِ الْقُرُونُ مِن قَبْلِي وَهُمَا يَسْتَغِيثَانِ اللَّهَ وَيْلَكَ آمِنْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَيَقُولُ مَا هَـٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Dan orang yang berkata kepada dua orang ibu bapanya: "Cis bagi kamu keduanya, apakah kamu keduanya memperingatkan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan, padahal sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumku?" lalu kedua ibu bapanya itu memohon pertolongan kepada Alloh seraya mengatakan, "CELAKA ENGKAU, berimanlah! Sesungguhnya janji Alloh adalah benar". Lalu dia berkata: "Ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang yang dahulu belaka".

Al-Quran Surah Al-Ahqof 46 : Ayat 17.


DALIL KEEMPAT

عَنْ اَبِيْ سَعِيْدِ الْخُدْرِيِّ قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وهُوَ يَقْسِمُ قِسْمًا اَتَاهُ ذُوْ الْخُوَيْصِرَةِ وَهُوَ رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ تَمِيْمِ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اِعْدِلْ . قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ : وَيْلَكَ وَمَنْ يَعْدِلْ اِنْ لَمْ اَعْدِلْ؟ قَدْ خِبْتُ وَخَسِرْتُ اِنْ لَمْ اَعْدِلُ ؟ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ ! آئِذَنْ لِيْ فِيْهِ اَضْرِبُ عُنُقَهُ . قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: دَعْهُ فَاِنَّ لَهُ اَصْحَابًا يَحْقِرُ اَحَدُكُمْ صَلاَتَهُ مَعَ صَلاَتِهِمْ ، وَصِيَامُهُ مَعَ صِيَامِهِمْ ، يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ لاَيُجَاوِزُ تَرَاقِيُهُمْ يَمْرُقُوْنَ مِنَ الْلاِسْلاَمِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهَمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ.

Dari Abi Sa’id Al-Khudri, dia berkata : Ketika kami bersama Rasulillah sollAllahu ‘alaihi wa sallam di suatu ketika beliau sedang membahagi-bahagikan beberapa pembahagian, datanglah kepada baginda Zul-Khuwaisiroh dari Bani Tamim dan berkata :

“Wahai Rasulalloh berlaku 'adillah”

Berkata rasululloh sollAllohu ‘alaihi wa sallam :

CELAKA ENGKAU! Siapakah yang akan berlaku 'adil jika aku tidak 'adil, dosalah aku dan merugilah jika aku tidak berlaku 'adil”.

Maka Umar Bin Al-Khottob rodiyallohu ‘anhu berkata :

“Wahai Rasulalloh! Izinkan aku untuk memenggal lehernya.

Rasululloh sollAllohu ‘alaihi wa sallam berkata :

“Biarkan dia, kerana dia mempunyai teman-teman yang salah seorang antara kamu akan diremehkan solatnya jika dibandingkan dengan solat mereka dan puasanya jika dibandingkan dengan puasa mereka. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka terlepas dari Islam sebagaimana terlepasnya anak panah dari busurnya”.

Hadis Riwayat Al-Bukhori 3610, Muslim 1064 dan Ahmad 224.


DALIL KELIMA

Imam Ad-Darimi dalam Sunannya telah membawakan riwayat sebagai berikut :

أخبرنا الحكم بن المبارك، أنبأنا عمرو بن يحيى قال : سمعت أبي يحدث، عن أبيه قال : كُنَّا نَجْلِسُ عَلَى بَابِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – قَبْلَ صَلَاةِ الغَدَاةِ، فَإِذَا خَرَجَ، مَشَيْنَا مَعَهُ إِلَى الْمَسْجِدِ، فَجَاءَنَا أَبُوْ مُوْسَى الْأَشْعَرِيُّ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – فَقَالَ : أَخَرَجَ إِلَيْكُمْ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ قُلْنَا : لَا، بَعْدُ. فَجَلَسَ مَعَنَا حَتَّى خَرَجَ، فَلَمَّا خَرَجَ، قُمْنَا إِلَيْهِ جَمِيْعًا، فَقَالَ لَهُ أَبُو مُوسَى : يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ، إِنَّي رَأَيْتُ فِي الْمَسْجِدِ آنِفًا أَمْرًا أَنْكَرْتُهُ وَلَمْ أَرَ – وَالْحَمْدُ للهِ – إِلَّا خَيْرًا. قَالَ : فَمَا هُوَ ؟ فَقَالَ : إِنْ عِشْتَ فَسَتَرَاهُ. قَالَ : رَأَيْتُ فِي الْمَسْجِدِ قَوْمًا حِلَقًا جُلُوْسًا يَنْتَظِرُوْنَ الصَّلَاةَ فِي كُلِّ حَلَقَةٍ رَجُلٌ، وَفِيْ أَيْدِيْهِمْ حَصًا، فَيَقُوْلُ : كَبِّرُوا مِئَةً، فَيُكَبِّرُوْنَ مِئَةً، فَيَقُوْلُ : هَلِّلُوا مِئَةً، فَيُهَلِّلُونَ مِئَةً، فَيَقُولُ : سَبِّحُوا مِئَةً، فَيُسَبِّحُونَ مِئَةً. قَالَ : فَمَاذَا قُلْتَ لَهُمْ ؟ قَالَ : مَا قُلْتُ لَهُمْ شَيْئًا انْتِظَارَ رَأْيِكَ أَوِ انْتِظَارَ أَمْرِكَ. قَالَ : أَفَلَا أَمَرْتَهُمْ أَنْ يَعُدُّوا سَيِّئَاتِهِمْ، وَضَمِنْتَ لَهُمْ أَنْ لَا يَضِيْعَ مِنْ حَسَنَاتِهِم، ثَمَّ مَضَى وَمَضَيْنَا مَعَهُ حَتَّى أَتَى حَلَقَةً مِنْ تِلْكَ الْحِلَقِ، فَوَقَفَ عَلَيْهِمْ، فَقَالَ : مَا هَذا الَّذِيْ أَرَاكُمْ تَصْنَعُوْنَ ؟ قَالُوا : يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَصًا نَعُدَّ بِهِ التَّكْبِيْرَ والتَّهْلِيلَ وَالتَّسْبِيْحَ. قَالَ : فَعُدُّوا سَيِّئَاتِكُمْ، فَأَنَا ضَامِنٌ أَنْ لَا يَضِيْعَ مِنْ حَسَنَاتِكُمْ شَيْءٌ وَيْحَكُمْ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ، مَا أَسْرَعَ هَلَكَتكُمْ ! هَؤُلَاءِ صَحَابَةُ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَافِرُوْنَ، وَهَذِهِ ثِيَابُهُ لَمْ تَبْلَ، وَآنِيَتُهُ لَمْ تُكْسَرْ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، إِنَّكُمْ لَعَلَى مِلَّةٍ هِيَ أَهْدَى مِنْ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ مُفْتَتِحُو بَابِ ضَلَالَةٍ. قَالُوا : وَاللهِ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ، مَا أَرَدْنَا إِلَّا الْخَيْرَ. قَالَ : وَكَمْ مِنْ مُرِيْدٍ لِلْخَيْرِ لَنْ تُصِيْبَهُ، إِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنَا أَنَّ قَوْمًا يَقْرَؤُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، وَايْمُ اللهِ مَا أَدْرِيْ لَعَلَّ أَكْتَرَهُمْ مِنْكُمْ، ثُمَّ تَوَلَّى عَنْهُمْ. فَقَالَ عَمْرُو بْنُ سَلَمَةَ : رَأَيْنَا عَامَّةَ أُولَئِكَ الْحِلَقِ يُطَاعِنُونَا يَوْمَ النَّهْرَوَانِ مَعَ الْخَوَارِجِ.

Telah mengkhobarkan kepada kami Al-Hakam Bin Al-Mubarok : Telah memberitakan kepada kami ‘Amru bin Yahya, dia berkata : Aku mendengar bapaku meriwayatkan hadis dari bapanya, dia berkata :

“Sebelum solat Subuh, kami biasa duduk di depan pintu ‘Abdulloh bin Mas’ud rodiyallohu ‘anhu. Jika dia sudah keluar rumah, maka kami pun berjalan bersamanya menuju masjid. kemudian kami didatangi oleh Abu Musa Al-Asy’ari rodiyallohu ‘anhu, dan bertanya : “Apakah Abu ‘Abdir-Rohman (‘Abdulloh bin Mas’ud) sudah keluar menemui kamu?”. Kami menjawab : “Belum”. Lalu dia pun duduk bersama kami hingga dia (‘Abdulloh bin Mas’ud) keluar rumah.

Setelah dia keluar, kami pun bangkit menemuinya. Abu Musa berkata : “Wahai Aba ‘Abdir-Rohman, tadi aku melihat kejadian yang aku ingkari di masjid, namun aku menganggap, segala puji bagi Alloh, hal itu adalah baik”. Kata Ibnu Mas’ud : “Apakah itu?”. Abu Musa menjawab : “Jika engkau berumur panjang, engkau akan mengetahui. Ada sekelompok orang di masjid, mereka duduk berhalaqoh sedang menunggu solat. Setiap kelompok dipimpin oleh seseorang, sedangkan di tangan mereka terdapat kerikil. Lalu pimpinan halaqoh tadi berkata : “Bertakbirlah seratus kali”, maka mereka pun bertakbir seratus kali; “Bertahlillah seratus kali”, maka mereka pun bertahlil seratus kali; “Bertasbihlah seratus kali”, maka mereka pun bertasbih seratus kali”. Ibnu Mas’ud bertanya : “Lalu apa yang engkau katakan kepada mereka ?”. Abu Musa menjawab : “Aku tidak berkata apa-apa hingga aku menunggu apa yang akan engkau katakan atau perintahkan”. Ibnu Mas’ud berkata : “Tidakkah engkau katakan kepada mereka agar mereka menghitung kesalahan mereka dan kamu jamin bahwa kebaikan mereka tidak akan disia-siakan”.

Lalu Ibnu Mas’ud berlalu menuju masjid tersebut dan kami pun mengikuti di belakangnya hingga sampai di tempat itu. Ibnu Mas’ud bertanya kepada mereka : “Benda apa yang aku lihat kamu pergunakan ini ?”. Mereka menjawab : “Kerikil wahai Aba ‘Abdir-Rohman. Kami bertakbir, bertahlil, dan bertasbih dengan mengunakannya”. Ibnu Mas’ud berkata : “Hitunglah kesalahan-kesalahan kamu, aku jamin kebaikan-kebaikan kamu tidak akan disia-siakan sedikitpun. CELAKALAH KAMU wahai umat Muhammad! Betapa cepat kebinasaan / penyimpangan yang kamu lakukan. Para sohabah Nabi kamu masih ramai yang hidup. Sementara baju baginda sollAllohu ‘alaihi wa sallam juga belum lagi usang, bejana baginda belum juga retak. Demi Zat yang diriku berada di tanganNya! Apakah kamu merasa berada di atas millah yang lebih benar daripada millah Muhammad sollAllohu ‘alaihi wa sallam ataukah kamu akan menjadi pembuka pintu kesesatan?”. Mereka menjawab : “Wahai Aba ‘Abdir-Rohman, kami tidaklah menghendaki kecuali kebaikan”. Ibnu Mas’ud menjawab : “Betapa banyak orang yang menghendaki kebaikan namun dia tidak mendapatkannya. Sesungguhnya Rosulalloh sollAllohu ‘alaihi wa sallam pernah berkata kepada kami :

“Akan ada segolongan orang yang membaca Al-Quran, namun apa yang dibacanya itu tidak melewati kerongkongnya”.

Demi Alloh, aku tidak tahu, boleh jadi kebanyakan dari mereka adalah sebagian di antara kamu”.

‘Amr bin Salamah berkata : “Kami melihat kebanyakan diantara orang-orang yang ikut dalam halaqoh itu adalah orang yang menyerang kami dalam Perang Nahrowan yang bergabung bersama orang-orang Khowarij””


DALIL KEENAM

Ibnu Abi ‘Asim meriwayatkan dengan isnad yang sohih, bahwa ‘Ali bin Abi Tolib rodiyallohu 'anhu pernah melihat seorang lelaki yang menuturkan cerita, lalu dia berkata :

"Aku mengetahui yang nasikh dan yang mansukh".

Tapi kemudian dia (lelaki itu) berkata :

"Tidak".

Maka 'Ali berkata :

ENGKAU CELAKA dan membuatkan orang lain celaka”.

Dinukilkan dari kitab Al-Muzakkir Wa At-Tazkir karya Ibnu Abi ‘Asim halaman 82.

DALIL KEENAM ini aku nukil dari buku Nasyid Bid’ah? karya Isham Abdul-Munim Al-Murry, edisi terjemahan Indonesia dengan edit.

@@@@@@@

Wallohu a'lam