Friday, August 17, 2012

Kewajiban Makmum Sejurus Sebelum Dan Semasa Solat Jama’ah : MERAPATKAN, MELURUSKAN DAN MENUTUPI CELAH-CELAH SOF

Disusun oleh Ibnu Hasan Al-Amin

بسم الله

Berikut aku bentangkan tiga adab yang sepatutnya dilakukan oleh orang yang mahu solat berjama'ah berdasarkan sunnah agar bermanfaat solat jama'ahnya dan terselamat amalannya menjadi cacat dan tertolak.

Aku kemukakan sembilan buah hadis untuk tujuan ini. Walaubagaimana pun terdapat banyak lagi hadis berkenaan perkara ini, namun aku cukupkan yang ini untuk nota ringkas ini.

Sila baca.


HADIS PERTAMA

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُقْبِلُ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ قَبْلَ أَنْ يُكَبِّرَ فَيَقُوْلُ : تَرَاصُّوْا وَاعْتَدِلُوْا

Dari Anas bahawa Nabi sollollohu ‘alaihi wa sallam menghadap kepada kami sebelum beliau bertakbir dan bersabda :

“Rapat-lekatkanlah dan luruskanlah”.

Hadis Riwayat Al-Bukhori Dan Muslim.


HADIS KEDUA

عَنْ أَنَسٍ قَالَ : وَكَانَ أَحَدُنَا يَلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ

Dari Anas, katanya : “Dan adalah (pada waktu itu) seorang di antara kami melekatkan bahunya dengan bahu sahabatnya dan melekatkan tapak kakinya dengan tapak kaki sahabatnya”.

Hadis Riwayat Al-Bukhori.


HADIS KETIGA

عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ قَالَ كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَوِّيْنَ فِى الصُّفُوْفِ كَمَا يُقَّوَمُ الْقِدَحُ حَتَّى إِذَا ظَنَّ أَنْ قَدْ أَخَذْنَا ذَلِكَ عَنْهُ وَفَقِهْنَا أَقْبَلَ ذَاتَ يَوْمٍ بِوَجْهِهِ إِذَا رَجُلٌ مُنْتَبِدٌ بِصَدْرِهِ فَقَالَ : لَتُسَوُّنَّ صُفُوْفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوْهِكُمْ

Dari An-Nu’man Bin Bashir, katanya, Rosululloh sollollohu ‘alaihi wa sallam meluruskan sof-sof kami seperti meluruskan/meratakan anak panah, sehingga Baginda merasakan bahawa kami telah memenuhi perintahnya serta faham, pada suatu hari Baginda menghadapkan mukanya kepada kami dan ada seorang yang menonjol dadanya ke hadapan, maka Baginda bersabda : “Hendaklah kamu meluruskan sof-sof kamu atau (kalau tidak) nescaya Alloh akan memperselisihkan antara wajah-wajah kamu*”.

Hadis Riwayat Al-Bukhori, Muslim, Abu Dawud, An-Nasa-i Dan Ibnu Majah Dan Disahkan Oleh At-Tirmizi.

*nescaya Alloh akan memperselisihkan antara wajah-wajah kamu : maknanya akan selalu berlaku permusuhan, perselisihan dan kebencian antara kamu.


HADIS KEEMPAT

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَوُّوْا صُفُوْفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ مِنْ تَمَام الصَّلّاةِ

Dari Anas bahawa Nabi sollollohu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Luruskanlah sof-sof kamu, kerana meluruskan sof itu adalah sebahagian dari kesempurnaan solat”.

Hadis Riwayat Al-Bukhori, Muslim Dan Ahmad.


HADIS KELIMA

عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : أَلَا تَصُوْفُوْنَ كَمَا تَصُفُّ الْمَلَائِكَةُ عِنْدَ رَبِّهَا؟ فَقُلْنَا : يَا رَسُوْلَ اللهِ كَيْفَ تَصُفُّ الْمَلَائِكَةُ عِنْدَ رَبِّهَا؟ قَالَ : يُتِمُّوْنَ الصَّفَّ الْأَوَّلَ وَيَتَرَاصُّوْنَ فِى الصَّفِّ

Dari Jabir Bin Samuroh katanya Rosululloh sollollohu ‘alaihi wa sallam keluar kepada kami lalu bersabda : “Apakah kamu tidak berbaris seperti berbarisnya malaikat di hadapan Robbnya?” Lalu kami bertanya : “Ya Rosulalloh! Bagaimana berbarisnya Malaikat di hadapan Robbnya?” Baginda menjawab : “Mereka menyempurnakan sof yang pertama dan mereka berbaris rapat-lekat dalam sof itu”.

Hadis Riwayat Al-Jama’ah Kecuali Al-Bukhori Dan At-Tirmizi.


HADIS KEENAM

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَاَل قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللهُ

Dari Ibni ‘Umar katanya Rosululloh sollollohu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesiapa yang menyambungkan sof, maka hubungannya akan disambungkan pula oleh Alloh, dan sesiapa yang memutuskan sof, maka hubungannya akan diputuskan pula oleh Alloh”.

Hadis Riwayat An-Nasa-i, Al-Hakim Dan Ibnu Khuzaimah.


HADIS KETUJUH

عَنْ أَنَسٍ عَنْ رَّسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : رُصُّوا صُفُوْفَكُمْ وَقَارِبُوْا بَيْنَهَا وَحَاذُوْا بِالْأعْنَاقِ. فَوَالَّذِيْ نَفْسِىْ بِيَدِهِ إِنِّيْ لَأَرَا الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ مِنْ خِلَلِ الصَّفِّ كَأَنَّهَا الْحَذَفُ

Dari Anas dari Rosululloh sollollohu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda : “Rapat-lekatkanlah sof-sof kamu dan dekatkanlah antara sof, dan luruskanlah leher-leher kamu. Demi Zat Yang jiwaku berada dalam genggaman tanganNya, sungguh aku melihat syaiton menyusup di celah-celah sof seperti anak kambing”.

Hadis Riwayat Abu Dawud Dan An-Nasa-i.



HADIS KELAPAN

عَنْ أَبِىْ أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَوُّوْا صُفُوْفَكُمْ وَحَاذُوْا بَيْنَ مَنَاكِبِكُمْ وَلِيْنُوْا فِىْ أَيْدِىْ إِخْوَانِكُمْ وَسُدُّوا الْخَلَلَ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ فِيْمَا بَيْنَكُمْ بِمَنْزِلَةِ الْحَذَفِ


Dari Abi Umamah, katanya, Rosululloh sollollohu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Luruskanlah sof-sof kamu, rapatkanlah bahu-bahu kamu, lunakkanlah tangan berdampingan dengan saudara-saudara kamu, tutupilah celah-celah sof, kerana sesungguhnya syaiton itu memasuki ke dalam di antara kamu sebagai anak kambing kecil”.

Hadis Riwayat Ahmad Dan At-Tobroni Dengan Sanad Yang Tidak Ada Salahnya.



@@@@@@@@@@



CIRI-CIRI SOF YANG RAPAT

Merapatkan dengan cara bersentuh atau melekat bahu dengan bahu dan tapak kaki dengan tapak kaki saudaranya yang ada di sebelahnya. Tapak kaki قدم : adalah bahagian kaki dari mata kaki sampai ke tapak kaki.


ARAH MERAPATKAN SOF

Hendaklah mendekat ke arah posisi imam/tengah sof.


CIRI-CIRI SOF YANG LURUS

Menjaga agar bahu, leher dan dada tetap lurus dengan bahu, leher dan dada saudaranya yang ada di sebelahnya, yaitu tidak lebih maju atau mundur dari yang lainnya. Perhatikanlah “Arah Merapatkan Sof” semasa meluruskan sof.


CELAAN KEPADA ORANG YANG ENGGAN MERAPATKAN SOF

Orang yang enggan merapatkan sof solat diumpamakan seperti larinya Baghal Liar بغل شموس

HADIS KESEMBILAN

قال أنس : فلقد رأيت احدنا يلصق منكبه بمنكب صاحبه وقدمه بقدمه ، فلو ذهبت تفعل هذا اليوم ، لنفر أحدكم كأنه بغل شموس

Anas (bin Malik) berkata : “Sesungguhnya aku melihat seorang di antara kami melekatkan bahunya dengan bahu sahabatnya dan melekatkan tapak kakinya dengan tapak kaki (sahabat)nya. Kalau kamu terapkan hal seperti itu pada hari ini, pasti salah seorang dari kamu akan lari seperti larinya BAGHAL LIAR”.

Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah.


والله أعلم



KITAB RUJUKAN

1. Nail Al-Author نيل الاوطار (Asy-Syaukani), Bab Diperintahkan Meluruskan, Merapatkan Dan Menutupi Celah-Celah Saf.

2. Fiqh As-Sunnah (As-Saiyid Sabiq), Bab Meluruskan Saf Dan Menutupi Saf Yang Kosong.

3. Sudah Rapikah Shaf Anda (Husain Bin ‘Audah Al-‘Awayisyah).

4. Koleksi Hadith Hukum (T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy), Jilid 4, Masalah No. 378.



PERINGATAN BAGI YANG LUPA


قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ

Katakanlah : “Jika kamu (benar-benar) mencintai Alloh, ikutilah aku, nescaya Alloh mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Dan Alloh Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Katakanlah : “Taatilah Alloh dan Ar-Rosul, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Alloh tidak menyukai orang-orang kafir”.

Terjemahan Al-Quran Surah Aali ‘Imron 3 : Ayat 31 & 32

1 comment:

Ibnu Hasan Al-Amin Ar-Rembawi said...

Untuk makluman, aku eja beberapa perkataan 'Arob ke Rumi berdasarkan sebutan, oleh itu kalau kita biasa dengan ejaan "SAF" tapi aku ejanya sebagai "SOF" kerana huruf ص sod aku terjemahkan kepada huruf "SO" bukannya "SA".

Begitu juga dengan kalimah الله aku ejanya sebagai "ALLOH" bukannya seperti biasa "ALLAH" kerana aku ejanya berdasarkan sebutan maka ejaan "AALOH" adalah lebih tepat dari ejaan "ALLAH".

Wallohu a'lam.