Sunday, April 29, 2018

Adab Makmum Dalam Solat Jama’ah : Makmum tidak turun sujud melainkan setelah imam sujud / letak dahinya di lantai


Dalilnya ialah hadis dari البراء بن عازب Al-Barrok bin ‘Azib yang terdapat dalam Kitab Sohih Al-Bukhori, dalam كتاب الأذان dalam باب السجود على سبعة أعظم, hadis No. 811 :

قال كنا نصلي خلف النبي صلى الله عليه وسلم فإذا قال سمع الله لمن حمده لم يحن أحد منا ظهره حتى يضع النبي صلى الله عليه وسلم جبهته على الأرض

Katanya, adalah kami bersolat di belakang Nabi sollAllohu ‘alaihi wa sallam, maka semasa baginda berkata سمع الله لمن حمده, tidak seorang pun dari kami membongkokkan punggungnya sehingga Nabi sollAllohu ‘alaihi wa sallam meletakkan dahinya di lantai.

@@@@@@@@@@@@

Aku tulis hadis No. 811 itu adalah berdasarkan kitab Sohih Al-Bukhori yang ada padaku. Kitab itu terbitan Dar Al-Kotob Al-ilmiyah, Beirut, Lebanon, cetakan 2013 A.D. - 1434 H. Munkin pada naskah yang lain nombornya lain, wallohu a'lam.

Hadis seperti ini dengan sikit beza matanya dengan yang ini, mulanya aku jumpa dalam kitab Fiqh As-Sunnah karya Saiyid Sabiq yang menyatakan hadis seperti itu diriwayatkan oleh Jama’ah tanpa menyatakan bilangan hadisnya dalam kitab masing-masing oleh Jama’ah itu. Jama’ah itu bermakna sebilangan ahli al-hadis yang tertentu. Oleh kerana tiada bilangan hadisnya maka payah untuk buat rujukan dalam kitab hadis oleh masing-masing ahli al-hadis itu maka aku terpaksa guna Google search untuk carinya hasilnya aku dapati hadis-hadisnya dan yang ini dalam laman web yang aku sertakan linknya di bawah telah nyatakan nombor hadisnya ialah 778, namun bila aku cari di hadis No. 778 di kitab Sohih Al-Bukhori yang ada padaku ia tiada di situ. Aku tak putus asa, aku lihat di bahagian tajuknya bahawa hadis itu terdapat di sekian bab yaitu di باب السجود على سبعة أعظم maka aku pun carilah hadis itu di bab yang dimaksudkan itu lantas aku jumpainya, namun No. hadis bukan 778 tapi 881. Bab أبواب صفة الصلاة seperti yang dinyatakan dalam laman web itu tiada dalam kitabku itu. Boleh lihat teks hadis itu dalam laman web ini : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=0&bookhad=778

Monday, February 6, 2017

KEBENARAN TIDAK SEMESTINYA RAMAI YANG MENGIKUTINYA


DALIL AL-QURAN


PERTAMA


وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).

Al-An'am 6 : 116


KEDUA


وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّا ۚ إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

Yunus 10 : 36


KETIGA


وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ

Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya.

Yusuf 12 : 103


KEEMPAT


المر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ ۗ وَالَّذِي أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ الْحَقُّ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ

Alif laam miim roo. Ini adalah ayat-ayat Al Kitab (Al-Quran). Dan Kitab yang diturunkan kepadamu daripada Robbmu itu adalah benar; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (kepadanya).

Ar-Ro'du 13 : 1


KELIMA


كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq.

Aali 'Imron 3 : 110


KEENAM


أَوَكُلَّمَا عَاهَدُوا عَهْدًا نَّبَذَهُ فَرِيقٌ مِّنْهُم ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Patutkah (mereka ingkar kepada ayat-ayat Allah), dan setiap kali mereka mengikat janji, segolongan mereka melemparkannya? Bahkan sebahagian besar dari mereka tidak beriman.

Al-Baqoroh 2 : 100


KETUJUH


أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ خَرَجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَهُمْ أُلُوفٌ حَذَرَ الْمَوْتِ فَقَالَ لَهُمُ اللَّهُ مُوتُوا ثُمَّ أَحْيَاهُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ

Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halaman mereka, sedang mereka beribu-ribu (jumlahnya) kerana takut mati; maka Allah berfirman kepada mereka : "Matilah kamu" kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai kurnia terhadap manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

Al-Baqoroh 2 : 243


KELAPAN


مَا تَعْبُدُونَ مِن دُونِهِ إِلَّا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنتُمْ وَآبَاؤُكُم مَّا أَنزَلَ اللَّهُ بِهَا مِن سُلْطَانٍ ۚ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ ۚ أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ ۚ ذَ‌ٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Yusuf 12 : 40


KESEMBILAN


أَفَمَن كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّهِ وَيَتْلُوهُ شَاهِدٌ مِّنْهُ وَمِن قَبْلِهِ كِتَابُ مُوسَىٰ إِمَامًا وَرَحْمَةً ۚ أُولَـٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۚ وَمَن يَكْفُرْ بِهِ مِنَ الْأَحْزَابِ فَالنَّارُ مَوْعِدُهُ ۚ فَلَا تَكُ فِي مِرْيَةٍ مِّنْهُ ۚ إِنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ

Apakah (orang-orang kafir itu sama dengan) orang-orang yang ada mempunyai bukti yang nyata (Al-Quran) dari Robbnya, dan diikuti pula oleh seorang saksi (Muhammad) dari Allah dan sebelum Al-Quran itu telah ada kitab Musa yang menjadi pedoman dan rahmat? Mereka itu beriman kepada Al-Quran. Dan sesiapa di antara mereka (orang-orang Quraisy) dan sekutu-sekutunya yang kafir kepada Al-Quran, maka nerakalah tempat yang diancamkan baginya kerana itu janganlah kamu ragu-ragu terhadap Al-Quran itu. Sesungguhnya (Al-Quran) itu benar-benar dari Robbmu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.

Hud 11 : 17


KESEPULUH


يَعْرِفُونَ نِعْمَتَ اللَّهِ ثُمَّ يُنكِرُونَهَا وَأَكْثَرُهُمُ الْكَافِرُونَ

Mereka mengetahui ni'mat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.

An-Nahlu 16 : 83



********************************



DALIL AL-HADIS


HADIS PERTAMA


حدثنا ابن عباس عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: “عرضت عليّ الأمم، فرأيت النبي ومعه الرهط، والنبي ومعه الرجل والرجلان، والنبي وليس معه أحد


Telah menceritakan kepada kami oleh Ibnu 'Abbas dari An-Nabiy sollollohu 'alalihi wa sallam bahawa dia berkata :

“Diperlihatkan kepadaku umat-umat (manusia). Maka aku pun melihat ada nabi bersamanya sekelompok kecil manusia. Dan ada nabi yang bersamanya satu dan dua orang. Ada nabi tidak seorang pun bersamanya”.

Hadis riwayat Al-Bukhariy 5705 & 5752 dan Muslim 220


HADIS KEDUA


Rasulullah SOLLOLLOHU 'ALALIHI WA SALLAM bersabda :


بدأ الإسلام غريبا وسيعود كما بدأ غريبا. فطوبى للغرباء

“Islam pada awalnya asing dan akan kembali asing kelak sebagaimana awalnya. Maka (pohon) tuba bagi Al-Gurobak (orang-orang yang asing)”

Hadis riwayat Muslim 145

Friday, April 15, 2016

Bencana Pendingin Hawa (Air-Cond) di Masjid

Imam menyeru ummat Islam solat dan datang ke masjid, tapi masjid sendiri dah merancang ingin buat dasar pintu tertutup menjelang Romadon nanti dengan pasang pendingin hawa (air-cond). Alangkah bodoh tahap ultra dengan dasar tertutup itu. Dasar pintu sentiasa tertutup itu sendiri menunjukkan sikap lisanul hal tak mahu orang datang ke masjid. Masjid sejak awal Islam lagi bersifat sentiasa terbuka namun kerana terlalu ikut hawa nafsu berhedonistik berdingin-dinginan melampau maka kebodohanlah natijahnya.

Saturday, November 28, 2015

Aku buat Google search akan nama Blog aku ini maka aku jumpa ada orang bikin satu akaun FB dengan nama yang sama dengan nama Blog aku ini. Akaun FB itu bukan aku yang punya lagi pun orang yang bikin akaun FB itu perempuan.

https://www.facebook.com/pages/al-aminj/223885657675776

Friday, October 2, 2015

Muhammad Jusuf Kalla, Naib Presiden Indonesia

Kelmaren aku baca Suroh At-Takasur suroh ke 102. Di dalamnya ada sebut كَلَّا (kalla). Ini mengingatkan aku akan Jusuf Kalla, pemimpin Indonesia itu.

Kemudian aku buat sikit kajian maka aku dapati bahawa كَلَّا dalam Al-Quran itu disebut sebanyak 33 kali dalam 15 suroh.

Berikut keterangannya :

Suroh Ke 1
1) Maryam 19 : 79
2) Maryam 19 : 82

Suroh Ke 2
3) Al-Mukminun 23 : 100

Suroh Ke 3
4) Ay-Syu'arok 26 : 15
5) Ay-Syu'arok 26 : 62

Suroh Ke 4
6) Sabak 34 : 27

Suroh Ke 5
7) Al-Ma'arij 70 : 15
8) Al-Ma'arij 70 : 39

Suroh Ke 6
9) Al-Muddassir 74 : 16
10) Al-Muddassir 74 : 32
11) Al-Muddassir 74 : 53
12) Al-Muddassir 74 : 54

Suroh Ke 7
13) Al-Qiyamah 75 : 11
14) Al-Qiyamah 75 : 20
15) Al-Qiyamah 75 : 26

Suroh Ke 8
16) An-Nabak 78 : 4
17) An-Nabak 78 : 5

Suroh Ke 9
18) 'Abasa 80 : 11
19) 'Abasa 80 : 23

Suroh Ke 10
20) Al-Infitor 82 : 9

Suroh Ke 11
21) Al-Mutoffifin 83 : 7
22) Al-Mutoffifin 83 : 14
23) Al-Mutoffifin 83 : 15
24) Al-Mutoffifin 83 : 18

Suroh Ke 12

25) Al-Fajr 89 : 17
26) Al-Fajr 89 : 21

Suroh Ke 13
27) Al-'Alaq 96 : 6
28) Al-'Alaq 96 : 15
29) Al-'Alaq 96 : 19

Suroh Ke 14
30) At-Takasur 102 : 3
31) At-Takasur 102 : 4
32) At-Takasur 102 : 5

Suroh Ke 15
33) Al-Humazah 104 :4

Thursday, May 28, 2015

Salah Faham Dalam Lafaz Ucapan Salam

Aku dapati ramai orang yang telah salah faham mengenai ucapan salam yaitu salam penghormatan yaitu ucapan oleh orang yang mula-mula mengucapnya ketika bertemu atau ketika memulai tulisannya kepada orang lain.


Ada ustaz yang memandai dalam fatwanya apabila mengatakan boleh bagi salam dengan lafaz "SALAM" kerana "SALAM" itu adalah salah satu dari asmaul-husna. Alangkah bodohnya dia kerana tidak ada satu pun dalil yang mengatakan bahawa "SALAM" سلام itu adalah nama Alloh apa lagi yang boleh digunakan lafaz "SALAM" sebagai ucapan salam penghormatan seperti yang aku terangkan pada muqoddimah tulisan aku ini. Yang benar nama Alloh ialah "AS-SALAM" السلام.


Ada orang berlagak pandai membenarkan amalan bagi salam dengan lafaz "AS-SALAM" kerana lafaz itu ada dalam Al-Quran. Ini satu lagi kesesatan yang nyata kerana buat kesimpulan sendiri tanpa melihat ayat yang ada kalimah as-salam dalam Al-Quran. Perkataan السلام memang ada dalam Al-Quran namun bukan sebagai ucapan salam penghormatan seperti yang aku katakan dalam muqoddimah tulisan aku ini.


Ada juga orang yang pengikutnya telah angkatnya sebagai ulamak telah buat satu syari'at baru bahawa boleh tulis ucapan salam secara ringkas dipotong ucapannya di dalam SMS. Ini satu lagi harubiru punya fatwa dari ulamak itu kerana tidak ada satu pun dalil yang membenarkan fatwanya itu malah tidak ada satu pun ulamak salaf yang beramal tulis ucapan salam secara ringkas dipotongkan ucapannya dalam tulisannya dan dalam surat yang dihantar kepada orang lain.


Aku sudah buat kiraan bahawa dalam Al-Quran perkataan :


1. سَلَام

Ada dalam 18 ayat :

- Al-An'am 6 : 54

- Al-a'rof 7 : 46

- Yunus 10 : 10

- Hud 11 :69

- Ar-Ro'du 13 : 24

- An-Nahlu 16 : 32

- Maryam 19 : 47

- Al-Qosos 28 : 55

- Al-Ahazab 33 : 44

- Yasin 36 : 58

- As-Soffat 37 : 79

- As-Soffat 37 : 109

- As-Soffat 37 : 120

- As-Soffat 37 : 130

- Az-Zumar 39 : 73

- Az-Zukruf 43 : 89

- Az-Zariyat 51 : 25

- Al-Qodr 97 : 5


2. السَّلَام

Ada dalam 5 ayat :

- An-Nisak 4 : 94

- Al-Maidah 5 : 16

- Al-An'am 6 : 127

- Yunus 10 : 25

- Al-Hasyr 59 : 23


3.سَلَّمَ

Ada 1 ayat :

- Al-Anfal 8 : 43


4. سُلَّمٌ

Ada 1 ayat :

- At-Tur 52 : 38


5. السِّلْم

Ada 1 ayat :

- Al-Baqoroh 2 : 208


6. السَّلَمَ

Ada 4 ayat :

- An-Nisak 4 : 90

- An-Nisak 4 : 91

- An-Nahlu 16 : 28

- An-Nahlu 16 : 87


7. السَّلْم

Ada 1 ayat :

Muhammad 47 : 35


Semua ayat-ayat itu bukan menunjukkan dalil ucapan salam penghormatan yang diucapkan oleh orang yang mula-mula mengucapkannya malah bukan sebagai ucapan salam penduduk planet bumi.


Wallohu a'alam.

Tuesday, September 2, 2014

MEMANJANGKAN SOLAT JUMA'AT DAN MEMENDEKKAN KHUTBAH JUMA'AT


عَنْ وَاصِلِ بْنِ حَيَّانَ قَالَ: قَالَ أَبُو وَائِلٍ: خَطَبَنَا عَمَّارٌ فَأَوْجَزَ وَأَبْلَغَ فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا يَا أَبَا الْيَقْظَانِ لَقَدْ أَبْلَغْتَ وَأَوْجَزْتَ فَلَوْ كُنْتَ تَنَفَّسْتَ فَقَالَ: إِنِّي سَمِعْتُ رَسُـولَ اللهِ ( صلى الله عليه واله وسلم ) يَقُولُ إِنَّ طُولَ صَلاَةِ الرَّجُلِ وَقِصَـرَ خُطْبَتِهِ مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ فَأَطِيلُوا الصَّلاَةَ وَاقْصُرُوا الْخُطْبَةَ وَإِنَّ مِنَ الْبَيَانِ لَسِحْرًا

Dari Wasil Bin Haiyan, dia berkata : Telah berkata Abu Wa-il : ‘Ammar telah berkhutbah kepada kami maka dia meringkaskan dan menyampaikan (khutbah itu); apabila dia turun kami berkata (kepadanya) : Wahai Aba Yaqzon sungguh anda telah menyampaikan dan meringkaskan, kalaulah anda memanjangkannya!

Dia (‘Ammar) berkata : Sesungguhnya aku telah dengar Rosululloh (sollollohu ‘alaihi wa aalihi wa sallam) berkata : Sesungguhnya panjangnya solat seorang lelaki itu dan pendeknya khutbahnya adalah tanda kefaqihannya, maka panjangkanlah solat dan pendekkanlah khutbah, sesungguhnya di antara al-bayan (penerangan itu) sungguh mengandungi daya tarikan (sihr).

Hadis sohih riwayat Muslim dalam Sohihnya, Nombor 869, Kitab Al-Jumu'ah.


********************


Syarah Hadis


Imam An-Nawawiy mensyarahkan hadis ini bahawa yang dimaksudkan dengan solat yang lebih panjang daripada khutbah bukanlah panjang yang menyusahkan makmum.

Syarh Sohih Muslim, Kitab Al-Jumu’ah, Bab Takhfif As-Solah Wa Al-Khutbah.


********************


Keterangan ringkas :


'Ammar yang disebut dalam hadis ini adalah 'Ammar Bin Yasir.

Aba Yaqzon yang disebut dalam hadis ini adalah kunyah kepada 'Ammar Bin Yasir.